Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 20, 2012

Dah jelas?

Sedap lah awak cakap,
tak ada bibik pun awak boleh urus segalanya.
Dik, saya ni dulu pun tak ada bibik.
Kerja rumah tetap beres.
Tapi sekarang ni memang saya perlukan bibik.
Selain dari usia saya yg menghalang saya dari over aktif,
kerja rumah saya jauh lebih byk dari awak tau..
Memang tak larat nak buat sorang sorang.
Tak caya?
Awak rasa awak pun byk kerja yer.
Mari kita banding kerja nak?
Ok ni saya senaraikan kerja saya.
Kalau awak rasa awak boleh buat sorang2 memang akak tabik lah.
Ok, Ni senarainya.
-2 buah rumah untuk di urus (satu rumah yg di huni dan satu rumah hujung minggu)
-2 laman untuk di trim rumputnya,pokok hiasan nya dan dijaga rapi
-2 kolam hiasan dan kolam ikan untuk di beri makan dan di rawat airnya.
-4 ruang tamu dan ruang keluarga, 8 sliding doors yg perlu di lap dan
perabot perlu di nyah debu. 
-10 bilik tidur untuk di tukar cadar dan di mop/vacuum.
-6 bilik air untuk disental
-4 ruang dapur untuk di susun atur peralatan
-1 kandang kucing besar bagi sekeluarga kucing.Satu lagi dlm pembinaan.
-Kenderaan bertayar 4 ada setengah dozen  perlu di cuci selang sehari.
-Memasak untuk keluarga yg besar dan sering ada tetamu
-Mendobi tu tak yah cerita sbb mesin yg buat.Setakat jemur dan lipat tu tak de masaalah.
Maaf, jgn salah anggap. Saya bukan nak bilang asset tapi saya geram jugak bila ada yg tak faham.
Mereka ingat ada baby saja perlu ada bibik.
Mereka asyik bertanya saya kenapa pakai bibik.
Mereka siapsindir2 saya lagi
Salah ke saya pakai bibik?
Bukan hamba sahaya, saya bayar gaji.
Mereka tak tau,
Saya ni bukan suri rumah tangga sepenuh masa, saya juga kuli gomen.
Masa terhad
Tanggung jawap banyak.
Selain tu,
keluarga saya suka melancong dan selalu tinggalkan rumah.
Kalau tak ada bibik siapa nak jaga rumah saya sepanjang ketiadaan saya tu?
Sebab yg terakhir ni bagi saya amat penting.
Hospital menjadi rumah kedua saya kerana ada ahli keluarga yg uzur.
Sewaktu saya terpaksa bermalam dan berkampung di hospital(kadang tu sampai berminggu)
Siapa yg akan urus anak2 saya? kucing2 saya? rumah tangga saya?
Kalau awak sanggup tolong urus boleh lah awak cakap yang saya ni tak perlukan Bibik.
Astaqfirullahhhh....Mulut tak de insyuran macam tu lah.
Eh, tak pasal2 saya naik hangin ni naper yer..
bukan dia yg bayar gaji bibik saya pun.
Sedap mulut dia jer ngata orang.
Tak, saya tak marah...
Esuk datang lah, tolong saya cuci kandang Rimau.kucing tu.

7 comments:

rohaizahabas said...

aduiii...boleh fengsan baca senarai yang kena buat ni...rumah saya yang ada 3 bilik ni pun tak terurus dek saya sorang...kena ada bibik bibik tanpa gaji yang buat,,itu pun dengan paksaan dan jeritan...mengah gak cikgu...

Irfa said...

saya baca :)

Mulan said...

sabar sis... ramai yg sedap cakap tapi tak rasa apa yg kita lalui selama ini..

Unknown said...

GH..saya dah jelas..eh..eh..bukan saya lah yg perli GH ada bibik! Takut pulak saya bila GH naik angin!

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Hani,

Wahhhhh...banyak kerja tu, kalau akak terus engaged 2 bibik..hik3x

-atiQah- said...

kak hani..i'm here! hehe. org yg bercakap tu mmg xakan paham apa yg kita lalui. cuba suruh diorg jadi kita sekali, sanggup tak?

makcu B said...

Makcu pun nak bibik, tapi mek pulak tak mau. Makcu pun nak bibik, kalau sebaik bibik k. nie atau sebaik bibik Mok Lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...