Dah 40 tahun agaknya saya tak 'melompat'
Terlompat atau meloncat.
Rugi betul sesiapa tak tengok saya semalam.
Semalam saya terloncat loncat tanpa di suruh.
Haaa...Persembahan dengan penonton yg minima.
Persembahan tak bertiket.
Sempena apa?
Sempena kuali dan roti tu lah.
Aduh du du du du duuu......
Macam ni,
saya nak goreng roti yg saya dah siap uli tu.
entah macam mana bila dah nak siap menggoreng,
letak roti terakhir dalam minyak,
merencik minyak panas tu kat lengan.
Sakit woiiii.....Panas menggigit.
Maka terloncat loncat lah saya secara sukarela.
Nasib baik ada doktor dalam rumah.
Tapi dah bagi First Aid pun pedih panas tetap terasa lagi.
Tak tau nak buat apa..
Sambung loncat lah.
Meloncat dan lagi dan lagi
Astaqfirrullah, macam budak kecik.
Tak kira, bukan orang lain ada menonton pun.
Siapa pernah kena minyak panas tau lah rasa nya.
Hari ni lengan saya dah berbatek batek kemerahan dah.
Merah dan akan jadi kehitaman nanti.
Kulit tak menggelembung sebab doktor cepat rawat.
Alhamdullilah, terima kasih lah Dr Saidatul.
Semoga Tuhan sentiasa memberkati anak ku ini.
Terima kasih juga kepada dua orang 'Saidatul' yg lain nya kerana tolong jadi penonton yg ketakutan.
Maklumlah, tak pernah tengok mummy terloncat loncat begitu kannn..
Ok, jom kita makan roti goreng..
Haah?
Dah habis?
Aiyalaaaaa......Esuk uli roti lagi lah nampak nya.
6 comments:
Adoiii..sakitnya!Nasib baik ada doctor in the house...sebagai penyejuk hati..kulit yg melecur tu Allah haramkan dari api neraka!(memasak utk keluarga).
Semoga cepat sembuh GH..
Salam Hani,
Batik tu akan kekal lama juga..hik3x
Kulit akak tak boleh kena minyak panas, memang berparut..huhuhuhu
cikgu...
kena minyak panas memang sangat sakit oooo....
petuanya sebaik kena, kenakan air yang berterusan di tempat kena air panas/minyak panas tu... biarlama bawah air sampai tangan tak rasa sakit.. In syaa ALLAh, bekas melecur pun tak ada... tangan pulih bagai sedia kala. Cuma lamalah kena hulur tangan di paip tu....
ada petua kata, letak colgate...
mungkin sebab sejuk pudina dia tu kut...
sakitnya... nasib baik ada doc masa tu ye kak.... klu kena kak muka lagi naya
oo...kesian kak hani...
ini perkara biasa bagi suridapur..
ini petua juga kiranya akak ada nak buat roti yang mungkin meletup2 lagi..
kalaulah kena kat kulit tu..ambil air ais jirus kat tempat yg kena tu..lagi sejuk lagi baik..untuk membantutkan kulit tu masak dan mengelembung...lepastu berterusan lalukan air paip(tak perlu buka laju)..
Post a Comment