Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, December 10, 2012

Bukan saya tak kesian tapi saya tak nak galakkan.

Pintu pagar saya separa terbukak kerana ada kereta tamu depan pagar.
Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Saya sibuk di dapur menyediakan makan malam buat tetamu saya.
Oleh kerana tetamu ada pertalian darah, kami sembang2 kat ruang keluarga saja.
Riuh gelak tawa.
Tiba2 kedengaran suara memberi salam.
Malam2 begini siapa pulak ni...
Oleh kerana pintu pagar rumah kami terbukak, dia dah masuk tercegat depan pintu menunggu untuk pintu dibuka..
"Waalaikumussalam, Cari siapa?"  Saya tak kenal wajah orang ni.
Seorang lelaki pertengahan umur mendokong seorang anak kecil sebaya cucu saya.
"Saya nak minta derma" Kata beliau selamba.
Malam2 begini ada jugak orang nak mintak derma, siap bawak anak lagi.
"Derma apa malam2 begini?" Saya rasa cuak tapi berani sebab dalam rumah saya ramai orang.
"Anak saya nak berkhatan esuk, tak cukup duit." Dia memancing simpati saya.
'"Laa, dah tak de duit kenapa tak pergi kelinik kerajaan saja?" Saya dah mula rasa tak senang dah ni.
"Alah puan, tak kan tak leh bagi rm50, kereta pun 5-6 buah bawah porch ni" Berani dia cakap macam tu.
"Eh, senang nya awak nak duit, main mintak aje...Islam tak galakkan mintak sedekah tau!" Dah, tazkirah dah nak mula dah ni..
" Tolonglah puan, nak beli susu anak lagi" Sambung dia lagi.
"Ambik jer rm5 ni.." Saya tak tahu saya ikhlas ke tidak.
Meter marah saya naik ke tahap keluar lampu merah bila dia menolak cadangan saya. Saya cadangkan dia dtg esuk hari, saya nak upah cuci kereta dan kemas2 kawasan rumah, rm100 pun saya bagi.
Di tolak nya mentah2.
Kalau ikutkan hati rasa nak tazkirah panjang2 tapi takut jugak, buatnya dia dtg tengah2 mlm nanti di lontar batu kat cermin tingkap mau nyer rugi lagi banyak.
Suka hati dia lah nak menjadikan minta sedekah cara hidup dia.
Suka hati dia lah nak usung anak kecik tengah2 malam ke hulu ke hilir.
Suka hati dia lah dah dia tak malu.
Dia tak merompak pun kira syukur dah.
Kenapa dia jadi macam tu?
Di Msia ni kalau nak duit cara halal bukan payah mana, pendatang yg datang sehelai sepinggang pun kaya raya.

Malam tadi saya terlena dengan wajah dia di ingatan saya dan terbangun dengan terbayangkan gelagat dia malam tadi.Ada juga orang macam tu yer?


9 comments:

rohaizahabas said...

Apa jenis orang la ni..main mintak mintak jer..betul kata cikgu..pendatang indon pun datang sehelai sepinggang pun boleh kaya raya..boleh hantar duit balik kampung betanah semua..ini orang kita ni tak sudah2 nak subsidi...nak menadah tangan jer...
Jangan di bagi cikgu...lenkali ambik gambar dia sekali..kalau dia apa apa kan kereta dan rumah cikgu,lapor kat polis jer..geram betul saya ni...

makchaq said...

Bila orang yg nampak sihat dan berupaya mai minta derma memang rasa malas nak layan kan..

umiawadah said...

sebenarnya kat Malaysia ni mudah sangat kalau nak cari duit,cuma bezanya halal dan haram...kalau cuci pinggan mangkuk kat restoran2 pun satu kerja yang halal juga...cuma manusia ni yang kategori pemalas je suka meminta-minta,malas nak bekerja...dan rakyat Malaysia ni pun satu....sangat pemurah....

pB said...

kesian anak dapat ayah macam tu

Ibu n Abah said...

Cikgu..
Rasanya 1st time org guna nak khatan anak minta derma... Alasan baru tu...
Malukan?

Mulan said...

kalo dia datang jual barang boleh jugak kita beli... orang indon kat malaysia tak mintak sedekah, orang malaysia yg mintak sedekah kat negara sendiri..

Irfa said...

huhu..saya juga terbayang wajah anak yg di bawa itu.ntah2 anak itu adalah budak hilang yg dijadikan peminta sedekah.nauzbillah

Guru said...

Ish... kadang2 niat bukan nak minta derma pun, ya gak, nak mengintai barang dalam rumah. Hati2 kak hani. Memang dasar x malu la tu, jiwa kecik ...

Chik Att said...

Demand pula tu yaaa .....cara mudah ...nak dpt duit ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...