Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, December 9, 2012

Tanda2 dia tak datang...

Kenderaan parking eluk jer.
Tersusun diam kaku di penjuru ni.
Tak menghalang lalu lintas,
Atok tak accident,
Saman pun tak di keluarkan hari ni.

Toys semua masuk kabinet.
Yang bergayut tu tenang bergayut tanpa gangguan.
Yang duduk bermalasan tu diam di situ.
Tak siapa usik.












Selipar2 ni..
menunggu untuk di sarungkan di tangan.
Di kaki tu biasa lah....
Diam berderet bawah kabinet.
Kalau letak dalam kabinet,
dengan selipar nenek sekali di angkut nya.

Dia tak datang hari ni.
Segalanya beku.
Hati pun beku.
Kalau dia ada. penat pun nenek suka.



Tak apa penat asal hati terubat.

5 comments:

Kakcik Nur said...

Comelnya dia, mesti keletahnya sangat menghiburkan. :)

Norhaizan hakim said...

Rasanya bila sudah bergelar nenek, saya akan faham perasaan tu..

Nizam.Ariff said...

huhuhu.... rindu cucu....

Irfa said...

hehe..sedih lak baca

Anonymous said...

rasa macam bila d other half cakap.. "kita g next time..." huaaaAAAa frust sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...