Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 25, 2013

Anis

Anis tak minta untuk di belikan baju raya, kasut raya dan handbag raya.
Bunga api pun dia tak mintak di belikan.
Dia tak buka pun buku resipi untuk resipi biskut dan kek.
Dia tak banyak soal, diam dan memahami.
Sebelum ke sekolah, Anis bantu saya urus kakak nya dulu.
Sama jugak waktu sebelum dia tidur,
dia terpaksa bantu saya urus kakak.
Dia tahu saya tak mampu urus kakak sorang2.
Tengah malam kalau saya perlu bantuan Anis tak membantah.
Bila saya kejutkan dia dari tidur dia terus bangkit.
Kesian saya tengokkan Anis.
Mana nak buat kerja rumah,
mana nak ulangkaji,
dah la nak duduki peperiksaan UPSR tak lama lagi.
Anis hilang masa kanak2,
dia matang kerana keadaan.
Bila saya perhatikan dia, hati saya macam runtuh ke bumi.
Apa lah yang dalam fikiran  dia?
Tambah2 musim raya macam ni.
kat sekolah kawan2 mesti sibuk cerita kemeriahan sambutan Raya.
Anis cuma mampu dengar.
Anis tau keluarga dia tak raya tahun ni,
mungkin juga tak akan ada kemeriahan raya selama nya.
Sabar lah Anis,
Mummy janji,
esuk mummy akan bawa Anis ke pasaraya.
Anis belilah persiapan raya buat Anis.
Pagi raya nanti Anis akan di hantar beraya di rumah nenek.
Beraya lah bersama keluarga kita di sana.
Cuba untuk tidak bersedih duhai anak.
Cukup lah kesedihan kakak menimbun di bahu mummy.
Mummy hanya nak Anis bergembira di Hari Raya nanti.
Jangan risaukan Mummy..
Mummy akan temankan  kakak di sini.
mummy lebih tenang bersama kakak, beraya dgn kakak saja.
Mummy tak apa apa,
I promise, mummy ok saja.








11 comments:

Anonymous said...

Bertuah aunty hani dpt ank2 yg memahami...smga bkn sj ank2,mlh apa juga bentuk urusan akn dipermudahknNya utk aunty...sy hnya mmpu berkata 'sabarlah aunty..' walaupun sy prcaya ungkapan itu sbnrnya xmmpu mengurangkn sedikit pun beban dn kebimbangan yg aunty lalui skrg ini...doa sy xputus buat ja dan aunty..kuat yer aunty!

fya said...

mummy,trust me. mummy lah kekuatan buat kak pja,anis dan yg lain. jgn rebah ye mummy,im praying hard 4 u n kak pja. miss her so much! insyaallah blk kb raya ni akn jenguk kak pja. xmmpu tp fy yakin fy akn kuat brhadapn kak pja yg sgt kuat. insyaallah g jenguk iyaad kt umah abe iwan dulu. rindu mad mad jgk. heee :)) smpaikn slm syg buat kak pja. shes always beautiful n strong!!

Kakcik Seroja said...

Kakcik sebak...:(

pB said...

menitik air mata pB baca entry nie

Anonymous said...

Sabarlah Mummy..

Kesenangan di dunia memperdaya.
Kesusahan di dunia sementara.

Doa dan ingatan saya untuk Mummy, Ja, Anis dan keluarga.

MulutPayau said...

Asalamualaikum kak...
Setiap ntry akak pasal Ja mengundang air mata saya...saya tetap setia membaca walau tdk meninggalkan komen...
Semoga akak terus kuat, tabah dan sabar hadapi segalanya...

Unknown said...

air mata menitis jua...

Acik Erna said...

Anis anak yang baik..anis sayang semua

Anonymous said...

Walau tak pernah kenal Pn Hani, Ja & Anis, doa saya utk kalian semua. Semoga terus tabah. Allah menyayangi kita semua... Yakinlah...

pena rozie said...

Sedihnyer....

Irfa said...

anis sebaya anak sulung saya
wpun dia tak cakap apa2 tp dia tetap seorang budak tp dia sgt matang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...