Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, July 5, 2013

Dah berapa hari ni?

Jumaat datang lagi.
Jumaat ke berapa saya kat Hospital?
Entah.
Wad ni, bilik ni dah jadi dunia baru saya.
Tak tau panas ke hujan kat luar.
Lupa haribulan.
Yang saya tahu hanya renung dia, perhatikan dia.
kalau dia nampak tenang saya juga rasa agak tenang.
Kalau dia nampak tak selesa, saya risau.
Cemas dan takut sentiasa menemani saya.
Lain sungguh kehidupan saya sekarang.
Saya dah noktahkan kerjaya saya.
ternoktah juga lah cara hidup saya yg biasa.
Sudah berkubur segala yg membahagiakan saya.
Atau lebih tepat saya dah tak ada kehidupan.
Tak ada apa2 yg boleh membuatkan saya rasa nak teruskan hidup.
Cukuplah hidup utk jaga anak ini, itu saja.
hanya dia yg saya ada, dia saja tumpuan hidup saya sekarang.
Tak ada perancangan apa2 kecuali perancangan untuk jaga dia, urus dia.
kalau dulu saya sayangkan dia, sekarang saya lagi sayangkan dia,manjakan dia.
Dia anak saya sudah tentulah begitu dulu kini dan selamanya.
Kalau perancangan Tuhan itu tidak serupa dgn perancangan saya pun tidak apa,
saya tetap redha dan terima dgn lapang dada.
kalau masih ada rezeki buat saya untuk mendengar dia memanggil saya mummy sekali lagi,
Alhamdullilah, itu yg saya nanti nanti...Amat di nanti.
sementara itu begini lah saya,
kosong minda dari hal2 dunia lain nya.
Tapi jiwa penuh sesak dengan duka yg berjela jela.


4 comments:

ring said...

Assalamualaikum Auntie Hani,

Allah bersama Auntie dan Kak Pija, setiap detik dan ketika. Setiap detik Kak Pija diuji kesakitan, Allah hantarkan malaikat untuk membawa dosa-dosanya pergi jauh, alangkah beruntungnya dia. Setiap detik sabar dan redha Auntie menghadapi ujian, Allah lipat gandakan ganjaran untuk Auntie. Alangkah beruntungnya Auntie. Doa seorang ibu, pasti akan didengari dan dimakbulkanNya.
Be strong Auntie, kami yang mengenali Kak Pija, tidak putus berdoa untuk kesembuhannya

makcu B said...

Bila Ja sedar dari tidurnya yang panjang itu, Ja akan baca blog ini. Kisah kasih yang tiada hujungnya.

Haslina said...

Betul Mak Cu, In sha Allah Ja akan baca blog ini dan dia akan ketahui kasihsayang seorang Mummy, Papa dan kasih seorang suami.. Dia akan baca comments dan mengetahui kawan-kawannya dan kawan2 Mummy dan Papanya sentiasa bersama Mummynya..In sha Allah Ja akan kembali bersama orang2 yang mendoakannya..

Anonymous said...

Salam K'hanny,

I am nobody to say that I understand.. yes I could try.. but you are the one who feels, hopes and cries.
As much as I agree and sympathy with what you are going through but I also would like you not to ignore others who are there, asking and waiting for your love.. they are your other beloved darling children and grand children and of course your other half.. don't shut them... they love you and Pija as much as you do.

with love,
ryaha, FoCo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...