Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, July 14, 2013

Jadual baru.

Dah pukul 1 malam ke 1 pagi?
Hentam saja lah...
Saya baru selesai feeding dan urus Pija.
Dia baru nak tidur tu, dari tadi tak nak pejam mata.
Saya masih terkial kial uruskan masa saya.
Bila rutin berubah, saya menjadi kalut.
Susah nak bahagi masa yg sedikit dengan kerja yg banyak.
baru sehari di rumah, baru sehari jadual hidup berubah.
Padan la tak berapa smooth lagi pun.
Rutin baru ni buat saya terpaksa ubah banyak perkara.
Satunya, waktu rehat saya dan waktu tidur saya.
Waktu rehat saya ialah masa senggang antara feeding, tukar diapers dan buat fisio.
Dapat lah rehat sejam dua.
Tu pun kalau kerja rumah tidak memanggil manggil.
Time tu lah saya nak tidor,mandi,solat atau nak rehat.
Tapi sehari dua ni ramai tamu yg dtg untuk melawat Ja.
Maka saya kurang sikit masa rehat.
Tak apa, saya seronok bila dapat sokongan moral dari sahabat dan saudara yg berkunjung.
Saya lebih positif bila dgr mcm2 cerita dari dia orang.
Tadi seorang kawan sebaya dan satu sekolah dtg.
Dia kehilangan seorg anak baru2 ni kerana kemalangan jalan raya.
Itu lah satu2nya anak dia...
Allah hu Akbar, dugaan saya terasa lebih kecil berbanding dgn dugaan yg di terimanya.
Ops,jam loceng dah berbunyi... nak 'turning' Pija dulu lah.
Lepas ni kul 4 feeding dia pulak.
In between tu,
of course lah nak tidur..
 hendak gugur, gugur lah nagka,
jangan menimpa dahan berduri .
hendak tidur, tidur lah mata,
jangan  di kenang duka di hati...



8 comments:

Unknown said...

nak mengubah rutin harian memang agak payah pada awalnya kan..insyallah sehari dua menjadi biasa.
mudah2an kesihatan pija bertambah baik dari hari kehari..insyallah

Anonymous said...

Salam aunty..
If xkeberatan,sy bleh bantu aunty utk adjustkn timing feeding pija..maybe xperlu utk feeding pija around 1am-6am.just let me know..
Moga aunty diberikan kesihatan yg baik n pija cpt sembuh..
-ex senior pija mrsm tpg..:)

Anonymous said...

inshaaAllah it gets better and easier everyday especially u r motivated genuinely by a mother's love.

DYatie ABakar said...

Semoga terus tabah kak..

Anonymous said...

Betul tu aunty,, bleh adjust feeding, plg kurang jd 4hourly, 5 times/d.. cuma kene tengok history feeding kt wad camne, kot pja penah tak tolerate feeding kalo bg byk2 ke..

(Izura, dietitian hosp kuala krai.. kwn ikhwan)

Anonymous said...

awak mesti dietitian kan?

Anonymous said...

Iyer...:)

Anonymous said...

jaga kesihatan ticer okay. we always love and care about you n your family.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...