Semalam saya tinggalkan Ja bersama kak Long, kakak dan Cun.
Mereka bertiga ambil alih temankan Ja.
Saya ambil peluang untuk bereskan kerja tertangguh kat rumah.
Mujurlah merka ada, kalau tidak tak tau lah macam mana saya nak cari masa.
Katil buat Ja tiba dari KL dgn lori 'Transport.'
Wahhh berat sungguh katil letrik ni, 4 org lelaki angkat pun masih berat.
Bilik Ja dah 80% ready untuk menerima kepulangan dia.
Keluarga tak putus2 doakan Ja cukup stabil utk balik.
Walau Ja masih x sedar, kami yakin suasana lebih familiar buat Ja mungkin dapat membantu Ja untuk pulih.
Saya masih takut, x confident sebenarnya tapi take one day at a time boleh kot.
Takut mcm mana pun I have got no choice , have to face it.
Bila berada di rumah semalam, saya niat nak rehat sekejap.
Tapi tengok keadaan rumah saya yg tunggang langgang, rasa serabut pulak.
Mujur Anis Si Bongsu tabah memikul setengah dari tanggung jawap saya.
Kesian Anis, dah lah nak duduki peperiksaan tahun ni.
Sabar bersama mummy yer Nis...
Petang saya balik ke hospital semula.
dari lot parking ke wad, langkah rasa amat berat.
tak perasan rupanya bila terpandang saja bangunan hospital,
resah pilu bergantungan di betis,
di bahu berguni saratnya rasa hati yg saya galas.
Padan lah payah benar nak langkah masuk ke bilik Ja di Wad ni.
Assalamualaikum Ja,
Sepanjang mummy tak ada adakah Ja bertambah baik?
Laaa...tinggal sepetang jer, tapi begitu lah harapan dalam dada.
harapan masih berbaki buat saya.
5 comments:
Ya Hani,take one day at a time...terbaca dlm rencana..the power of NOW..positif NOW utk Hani,Hani masih boleh berbakti pada anak Hani..boleh masih berfikir utk dia.
So be strong for her.Forgive me for giving this advice..Doa mamason buat Hani sekeluarga.
I am Hani too for my family but in a different situation.Hoping for the best for them.
Salam aunty, yusma kawan Ja masa kat Ireland. Semalam datang melawat, tapi tak berkesempatan jumpa Aunty. Kami doakan yang terbaik utk Pija dan Aunty sekeluarga. Kalau ikutkan pengetahuan seorang doktor, tak mungkin Ja bertahan. Tapi tengok Ja semalam, kami yakin semangat Ja sekuat semangat Aunty. Kita sama2 doa yg terbaik ye Aunty.
InsyaAllah kalau ada rezeki kami datang lagi lawat Pija & Aunty ye
Rasanya suasana di rumah boleh membantu perkembangan positif Ja. Wat keliklah jika doktor buwi. Satu hari yang baik, hadirkan anak-anak ke pangkuannya. K. Nie pun akan rasa lebih selesa bersama Ja di rumah. Apa2 yang terjadi selepas kita berikhtiar.... adalah ketentuan. Tak usah takut. Semoga Allah permudahkan.
salam aunty, saya pon sokong ur decision utk bwk pja balek ke rumah if doctor izinkan. kat rumah lbh positif utk pja environment nye i believe. semangat pja insyaAllah akan lebih kuat bila sentiasa dkt dgn imaad n iyaad. and on top of that, aunty pon akan lebih bertenaga dan selesa jaga pja kat rumah insyaAllah. saya doakan Allah kurniakan aunty tenaga fizikal dan rohani yg kuat utk jaga pja dan semoga pja cepat sembuh. insyaAllah berkat ramadan yg bakal tiba, kita semua sama2 doa. minta maa ye aunty, hanya doa saja mampu saya sumbangkan. kalau aunty/pja kenal saja, nak sgt saya pergi lawat kt hospital tu. tp saya hormat privacy aunty sekeluarga.
semoga kak JA cepat sedar dan sembuh seperti dahulu.
Post a Comment