Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, July 23, 2013

Mak pesan jgn Update blog masa stress, update jugak!

Sambil duduk2 temankan Ja saya singgah rumah teman2 cyber.
Mengetuk ngetuk pintu laman tanpa izin tuan.
Mengintai intai harum wangi kehidupan kalian.
Lama sungguh tidak bertegur sapa.
Tidak meninggalkan komen bukan kerana saya lupa.
Tapi sebenarnya saya hanya mampu menjadi sepi.
Mungkin kerana tidak ada gembira dari hati saya
Cerita luka saya sudah basi, pasti tak siapa yg sudi tadah.
Saya segan nak sapa kawan2 saya tu.
Siapa lah saya kan.
Ada juga rasa iri hati bila selak helaian bahagia orang lain.
Nasib saya sungguh berbeza,
Alangkah tidak pernah bertuah nya saya.
Tapi tak apa lah, bila saya temui ketenangan dalam musibah ini,
saya akan cuba untuk sapa kawan2 cyber saya lagi.
Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana rindu nya saya untuk keluar dari resah yg panjang ini.
Tuhan juga lah yang tahu sampai bila saya akan dibiarkan didaerah duka ini.
Perancangan Dia adalah yg terbaik.
Redha.
Dalam terpaksa kena redha juga.
Agaknya sinar bahagia belum ada buat saya hari ini maka
saya teruskan saja bernafas dan menapak berbekalkan sedikit baki sabar
Di kala dada terasa sesak,hati terasa koyak,
di sini lah tempat saya menebarkan rasa.
mengumpul gagah dari doa dan nasihat kalian.
Kalian tidak pernah saya lupa
Ingat sampai bila bila.

Mak dah pesan, jgn update kalau time stress, takut2 yg diluahkan tu merapu entah hapa hapa, kan dah betul kata mak tadi.

8 comments:

Haslina said...

Na pun tak pernah melupakan Ja, Kak Hani dan keluarga. You are never alone, dear sis.

Irfa said...

saat murung, baca blog org lain yg happy mesti terfikir 'bahagianya hdup mereka' pastu sedih sensorang

Kakcik Seroja said...

Kawanku, secebis dugaan Kadang2 membuatkan kita lupa pada timbunan kebahagiaan. Kita cuma manusia biasa, kan? Kakcik sendiri mengaku kadangkala kakcik hilang arah bila diuji....

Ros said...

kak kita bersama...
naluri ibu kita sama...
yang membezakan kita...kekuatan, ketabahan, kesabaran...
akak diuji dan teruji...
biarpun akak tenggelam...akak pasti tak lemas...
akak adalah panduan untuk kami yang tiba masa nanti akan diuji..

A.I said...

kakakku cayunk...jgn ingat bila kita baca belog org lain, kita nampak org tu ceria & bahagia mcm takde masalah. tp percayalah, kekadang org yg kita ingat ceria takde perasaan tu sebenarnya hidup gundah gulana tonggang terbalik tak sepertimana yg dia tulis dlm belog. yg tersirat dari yg tersurat org tak tau...

eh, apa yg aku merepek ni kak :P sorry2. tp ai harap akak tenang2kan hati ye..semua kawan2 akak sayangkan akak.

muahhhhhhhhh!

Kak Rose said...

Dear ticer, muga ada sinar bahagia dihujung derita ini..soon!

Anaasuria said...

:'(

ieda said...

salam ticer Hani..
tak salah untuk menulis semasa kita sedih @ stress...ia adalah perkongsian & luahan rasa.

kita semua sentiasa diuji Allah..cuma bentuknya berbeza.kemewahan juga satu bentuk ujian tapi ramai yg alpa bila dalam kesenangan...
moga Allah memberikan keajaibanNya mengembalikan anakanda ticer Hani kepada keluarga seperti dahulu...amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...