Petang tadi tergesa gesa ke pasaraya untuk beli barang barang keperluan Ja.
Maklumlah Khamis nanti ja akan kembali ke rumah.
Ramai sungguh orang membeli belah.
Meriah, orang sibuk nak sambut puasa.
Dalam ramai2 orang membeli belah keperluan puasa dan raya,
saya seorang yg sibuk duk beli keperluan yg tak serupa dengan mereka.
Agaknya saya seorang yg tidak ada rasa meriah dalam jiwa.
Bukan boleh di elakkan, memang akan terpandang gelak tawa orang.
sekali gus tertunduk menilik kekurangan diri..
Rasa nak menangis jam tu jugak..
Astaqfirullah, kenapa dgn saya ni?
Tak pasal2 hati macam di carik carik..
Saya berjalan laju ke Parking lot.
Punggah barang masuk kereta dengan wajah mencuka.
Tak berminat untuk bertegur sapa dengan sesiapa pun.
Nak menangis sgt2 tapi otak duk warning mata 'Jangan nangis!'.
Hujan lebat sewaktu memandu kembali ke hospital..
Mata dah tak dengar nasihat otak.
Mujur lah hujan.
Dapat juga saya menangis tanpa orang perasan.
Hujan bantu saya sembunyikan sedu sedan.
Waktu berjalan de wad, mata masih mau menangis.
Tak tau kenapa tapi hati rasa sayu sangat2.
Rasa sepi, rasa alone.
Ja, mummy tahu,
Ja tak suka tengok mummy menangis.
Demi ja, sebelum masuk tadi saya lap mata dan pujuk diri saya,
Saya tak kan apa apa.
Semuanya akan baik baik sahaja.
Insyaallah.
4 comments:
In sha Allah Kak Hani. You will be okay.. not now but time heals. Just jaga kesihatan diri,physically and mentally to look after Ja. I am so glad to hear the good news. Ramadhan Ja balik rumah, Syawal nanti Ja akan pandang Kak Hani semula. I am praying for that.
Janganlah nangis... nanti banjir pulak ,sbb hujan dah pun lebat...
Ramadhan ya Mubarak K'Hanny,
K'hanny, blogging might be the outlet for your feelings yet at the same time is the learning resource for me and others.
Your writing is teaching me to understand, develop sympathy and empathy.
Out of ignorance or may be plainly naïve we ask questions that might act as knife to your heart. InsyaAllah, from this experience we all could become better persons.
xoxo, ryaha
assalamualaikum auntie, syukur to know Ja dah boleh balek ke rumah. saya sentiasa berdoa agar Ja cepat bangun, insyaAllah. selamat menjalani ibadah puasa auntie, jaga kesihatan auntie baik2 ye.
Post a Comment