Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, July 1, 2013

Redha bercambah..



Di birai katil ini duduk ku.
Menongkat dagu di kerasnya besi palang dan
merenung masa depan.
Menanti nanti satu keajaiban seperti kata kawan2.
Di setiap penjuru dinding bilik ini
ku gantung karung guni berisi mimpi
doa dan harapan memenuhi 4 penjuru ruang.
Tilam bantal sudah pekak mendengar  rintihan .
Bila kah dan bagaimana kah nanti,
Jika dia tiba tiba dia membalas pandangan ku.
Atau tiba tiba jari  jari itu menggenggam jari ku.
Siapakah yang mampu untuk tidak bersyukur
bila timbunan takut cair dan mengalir pergi?
InsyaAllah, tidak ada yg mustahil dengan restu Tuhan.
Di birai katil ini
 aku memandang wajah dia,
aku usap keningnya ,rambutnya,
aku jamah dagunya, dahi nya
Aku sentuh hidung nya, telinga nya…
Aku terasa seperti aku akan kehilangan dia.
Saat perpisahan seperti semakin tiba.
Sekali gus ku cuba telan sedu sedan .
Di birai katil ini,
Bila ku sentuh suamnya badan cahaya mata kedua ku ini,
Aku menangis bukan kerana aku sakit,
Tapi kerana aku tidak mampu berkongsi sakit,
Aku hanya mampu duduk di birai katil mu anak,
Dan berdoa…
Tuhan, permudahkan lah apa saja perancangan mu keatas dia.
Aku redha
Aku redha.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Hani,

Akak doakan yang terbaik untuk anak Cikgu. Semoga Cikgu sekeluarga terus tabah dengan ujian ini.

Tak ada perkataan yang sesuai yang nak diukirkan selain sabar dan tabahlah.

Anonymous said...

begitulah hakikatnya kita sebagai hamba. redha. submit to HIS WILL. have faith that HE IS MOST KIND AND GENEROUS gives us what's best for us even though most times we do not understand. We as hamba, must always strive to be in the state of sykur and sabar. these are reminders that i'm telling myself as i too go through my own series of struggles. As sisters we must try to share and feel your pain and sorrow. We doa that you, Ja and family will get HIS BLESSINGS.

Nizam.Ariff said...

Ya, kak....
Redho itu adalah pengakuan seorang hamba yang sangat murni dan ikhlas... kita redho je kak...kita dah berusaha dan berharap... seterusnya bertawakkal dan redho...

Anonymous said...

ganjaran dari Rabbul Alamin pasti menanti dgn pengorbanan seorang ibu yg kuat,tabah,sabar spt puan

sal said...

Hani.....kuat...

makcu B said...

K. Ni dah buat sehabis baik bahkan TERBAIK sebagai seorang ibu juga sebagai seorang KAWAN terhadap anak perempuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...