Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, July 12, 2013

Welcome Home Ja

Aduhh...Penat sungguh.
Proses membawa balik ja dari hospital ke rumah saya memang meletihkan.
Alhamdullilah Ja dah balik.
Ja tenang dlm suasana yang lebih mesra alam.
Saya tak puas2 perhatikan dia.
Tgok dia tidur begitu rasa belas pulak.
Pelik sungguh saya ni,
sepatutnya saya bersyukur kerana
dia insan terpilih yg bakal menghuni syurga,
InsyaAllah syahid milik dia.
Patutnya saya bangga Tuhan senaraikan anak saya.
Yang saya patut kesiankan ialah saya.
Saya ni belum tentu syurga neraka.
Dah la hidup banyak dugaan,
merana berpanjangan,
mati pun belum tau macam mana.
Ja, kalau Ja pergi dulu dari mummy,
Ja tunggu mummy di pintu syurga yer..
Ja lah anak yang sentiasa membantu mummy.
Bantulah mummy untuk dapat bersama Ja di sana nanti.
Ishhh...Dah senja rupanya.
Hari ni saya berbuka di rumah buat pertama kali.
Meja makan saya suram.
Dapur saya diam.
Nak berbuka dgn apa hari ini?
Meneguk tangisan dan menguyah pahit nya kehidupan.
Ja, kalau masih ada rezeki kita untuk bersama di sini,
mummy tunggu Ja bangun.
Bangun lah anak, kita berbuka puasa bersama sama.
Biar terusir semua duka yg terhidang.
Kita jamah keberkatan Ramadhan.

6 comments:

Muhib said...

Alhamdulillah..syukur..In Shaa Allah...janji Allah itu pasti..tiap2 hr bca blog auntie..rasa dkt ngan Ja..msti Ja lega da dpt blk..

Kak Rose said...

Syukur Alhamdullilah Ja diberi kesempatan untuk berada dirumah bersama2 keluarga yg sentiasa menyayangi... begitu janji Allah yg sayangkan Ja.

dan dibulan puasa ni juga adik saya di diagnose menghidap kanser pangkal rahim di HSI JB. Ya allah beratnya dugaanmu..

Queenie said...

bersabar itu teramat ringan disebut, teramat berat ditanggung, namun jika hanya itu pilihan yg diberi, anggaplah itu yg terbaik yg kita milikki...yakinlah pada rahmat Allah, pasti ada darjat tertinggi yg tersedia utk kalian berdua yg menanti....

Rumah Kuning said...

Hanya Allah yg maha mengetahui apa yg terbaik untuk kita. Semoga seisi keluarga sentiasa dlm ketenangan.

Anonymous said...

salam cg Hani,
merintihlah, menangislah jika itu dapat melepaskan sesak di dada.Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.
Kha.

aiMie said...

salam mummy ja yg tabah..

aimi doakn ja & mummy skluarga dri jauh..

hnya sempat jenguk ja 2x je kat icu husm...nmun alhamdulillah, aimi dpt spent almost 2Hrs bsama ja dat day..

sjak ja ke hrpz, lgsg xdpt pluang jnguk ja..nmun doa aimi utk ja xpnah putus..

smoga mummy skluarga trus kuat demi ja..mummy mmg insan terpilih..in shaa Allah, pahala buat mummy jg brlipat2 kali ganda...bertabahlh wahai ibu yg baik hati....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...