Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 13, 2018

Tak serupa orang lain

Selagi hidup manusia x pernah puas.
Yang cantik nak lagi cantik
Yang kaya nak lagi kaya
Yang ada kuasa nak lebih kuasa
Mcm2 ikhtiar mereka buat..
Dah nak makin cantik tu segala make up cat kat muka
Segala supliment sanggup telan
Whitening
Face lift
Botox
Ubah suai tak habis habis..
Yang nak kaya tu sanggup buat apa saja
Termasuk memperbodonkan diri sendiri.
Asal perniagaan maju dan duit mashukkkk.
Cara halal cara haram dah tak penting.
Nak kaya, nak bergelar bilionair.
Yang mabuk power pun satu hal.
By hook or by crook..
Pijak kepala kawan pun x kisah
Asal power bertambah, kedudukan makin tinggi di mata dunia.
Takder fikir lain.
Nafsu untuk duniawi tak pernah surut.
Tambah2 sekarang ni segalanya boleh tayang media sosial.
Tayang lah bahagia puas puas.
Tunjukkan kepada dunia yg kamu lah yg paling bertuah.
Alangkah bernasib baik nya orang yg dapat apa yg dikehendaki.
Seperti doa yg termakbul, hidup penuh nikmat.
Di sekeliling saya, semua pun begitu..
Kecuali saya.
Saya tak nak minta apa apa untuk diri saya dah.
Pinta saya hanya buat dia.
Bidadari syurga yg tertangguh ini.
Hanya satu pinta saya...
Tuhan, permudahkan lah urusan dia,
Jangan di tambah sakit nya dia..
Semoga syurga menanti dia di sana
Dan di sini saya mencuba sehabis baik utk keselesaan dia.
Masih rimbun kasih sayang kami kepada nya.
Di dalam hati, tetap tersimpan harapan untuk bersama dia hingga hujung nyawa
Dan semoga dia memimpim saya utk bersama nya di syurga...
Keinginan keduniaan sudah tidak ada bagi saya
Hidup seadanya kerana sisa usia masih ada.
Cuba untuk menerima segalanya seadanya.
Selebihnya hidup ini sudah hilang makna nya..
Semenjak dia begitu, saya mula jadi begini.
Hari ni begini, esuk  hanya Tuhan yg tau segalanya.

1 comment:

Anonymous said...

sedihhh..semoga Allah permudahkan urusan teacher..aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...