Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 6, 2009

Ketabahan

Teman,
ambillah kembali simpati mu ini
lalu pulangkan saja
luka yang pernah
kau pinjam dulu

Betapa pun kejam
aku sebenarnya tidak pernah berdendam
luka ini milik ku
darah dan pedihnya
biar ku simpan dikarung sejarah
Hari ini aku ingin
menyempurnakan hidup sebagai perempuan
membunuh sedu sedan
yang sering menyalak di luar halaman
merejam resah risau
yang sering mengulit di kamar peraduan

biarkan aku berlalu
dengan langkah berani
aku akan terus berlari
biarpun jatuh
akan ku bangkit kembali
kerana kali ini biarlah
aku tak lagi peduli
betapa pun perit
sakit nya akan ku tanggung sendiri!

(Seri Damai, Shah Alam)

4 comments:

NoRT said...

teman..usah kau sambut tangan ku jika ku terjatuh dlm lumpur..biarkan ku sendiri..aku tidak mahu dirimu terkena percikan lumpur dr ku.... cuma ku pinta....usunglah jenazahku ke kuburan andai aku dah tiada nanti...kerana itulah jasamu yg paling kunanti....

hani@debumelukut said...

Ye lah NoRT,
Jika mati itu terbaik untuk ku, aku redha kerana aku yakin Tuhan tahu apa yang terbaik untuk ku..Sudah terlalu penat mengejar pelangi dan kaki asyik tersadung..

cikguyusof said...

yg biasa jugak kita dengar; "kita gagal bkn kerana kita berada di bawah tetapi kita gagal krn kita tidak mahu bangkit semula selepas kita jatuh....."

hani@debumelukut said...

betul tu...semoga boleh bangun dri rebah yang acap ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...