Khas buat seorang perempuan,isteri dan ibu yang bergelar 'Sepiberbisik'.
Ku harap dia melintasi dan singgah di daerah ku.
Aku terlalu amat ingin mengenali dia
kerana dia adalah aku..
serupa.
Semalam aku membaca bahasa tangisan
di jiwa nya ada sendu
di hati nya ada kesal
di matanya derita tumpah
di wajahnya bahagia musnah
Siapa pun sebenarnya kamu
'Sepiberbisik'
Kau bukan berseorangan.
Aku disini hampir dengan mu.
Daerah resah itu telah aku lalui
sebelum mu..
Rebah pun aku tetap bangun.
Retak dan berderai berkali kali.
Tapi aku tahu..
Nasib manusia berbeza beza.
Begini bahagian kita,
Esuk entah bagaimana
Aku juga yakin,
Tuhan sentiasa bersama ku
begitulah,
Tuhan juga tidak akan
menzalimi mu..
Salam perkenalan dari ku..
4 comments:
saya pun baru kenali bahasa dia...kata kata nya penuh pilu...macam saya pulak yang merana...tadi dia dah menyambut salam saya...moga dia membaca perkenalan kamu...
hidup mmg ade pasang dan surutnye kan?
jgn ikutkan sangat kemeranaan yg ditanggung. ceriakan hati spy anggota yg zahir akan sihat. nanti dtg sakit lain pulak, kan susah.
salam,
maaf saya terlewat hadir ke sini.selalu lalu tapi tidak singgah.sebenarnya saya amat-amat terharu dengan pautan persahabatan sokongan yang diberikan,seperti akar kepada saya agar tidak melayang-layang.
ada masa hati adalah titik paling degil,paling enggan menerima yang nyata.sesungguhnya buta hati lebih teruk dari buta mata.
terimakasih sekali lagi atas keperhatinan.saya menangis membaca entri ini waktu pertama kali sebab itu saya tidak dapat singgah.
terima kasih.
Post a Comment