Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 4, 2009

Bantulah aku...

Di sini lebuhraya yang sesak.
Persimpangan yang banyak.
Tersalah lorong.
Destinasi lain yang menanti.
Sedangkan hala tuju ku
bukan di situ..
Aku cuba membaca arah
Pun tidak membantu
Seperti si buta yang kehilangan tongkat
Aku menyusuri jalan tidak tahu.
Kan lebih senang,
kalau aku biarkan minda membawa aku
kesana sini..
Kaki rupanya tali barut hati.
Membuat keputusan yang menyesatkan.
Hendak pulang ke pangkal jalan amat susah.
Di lebuhraya yang sesak ini..
Aku mencari Dia.
Selamatkan aku ini.
Sebelum aku dihanyutkan arus deras
Kerana tiba tiba aku hilang arah
Buntu.


9 comments:

relevan said...

Salam Hanie..

Pasrah kepada keadaan semasa..adakala jiwa terasa lemah longlai sunyi sepi dan kosong..bangkit utk menuju jalan..agar hati tidak kusam..berhati hati kpd penunjuk arah..kompas kebenaran adalah yg sebetul nya..

A love too srong to die said...

Mengimbau masa silam
Tersentak dek jalan yang lurus
Pernah dahulu jalanku sangat mudah
Sambil berlari riang di jalan itu
Aku menatap kepiluan teman
Dan aku bahagia

Tuhan
Engkau ciptakan gaung di tengah jalan
Aku jua tak menyangka
Begini pula lorong yang akan kulalui
Tiada lagi keriangan lalu

Engkau Maha Adil
Semalamku kau beri suka
Temanku kau beri duka
Hari ini kau beri duka
Temanku kau beri suka

Lemah aku melangkah
Kuharus berlalu jua
Meneruskan perjalanan di jalan baru
Jalan serba payah
Tapi aku punya Kau Tuhan
Menemani saat kesepian
Menghibur kala kengiluan
Memimpin bila aku rebah tersungkur

Ya Tuhan
Berilah kekuatan
Biar aku melangkah gaung itu
Kurniakanlah ketenangan
Agar hati tak lagi kemurungan

Pimpinlah aku
Menuju puncak agung

hani@debumelukut said...

Berserah pada Dia..and tq relevan for ur comments

hani@debumelukut said...

A love too strong to die,
whoever you are, thanks for the nice poem and thanks for dropping by.

pakmat said...

..it is the opposite, cikgu..maanusia sering berubah...bagitu juga pantai..

hani@debumelukut said...

pakmat,
Ombak saja yg setia datang menghempas diri di pantai yang tidak bertepi..

syahbandar87 said...

akak hilang arah ke skrng??hehe..sori kak sbb sy x faham sngt bahasa2 sastera ni
:)

hani@debumelukut said...

syah,
tak lah..saja melayan perasaan.
salam bahagia untuk syah.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, Salam ziarah hani,
saya suka puisi nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...