Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, October 30, 2009

Anak Encik Zulkifli must be smiling..

Kan kita dah cakap, kita ni kaki bangku..Kan dah kalah.
Tapi we enjoyed ourselves so much.(Sesekali boleh lupakan singki yang sarat dengan pinggan dan kain baju di jemuran ni best apa?)
Semalam kami adakan perlawanan bowling antara staff SKPPG..Acara penutup tahun 2009. Berapa kerat je yang pakar bowling ni, yang lain main campak cam aku jugak laa.
Jangan kau orang tak tau, masa GB mula2 announce yg this year it will be the bowling alley yg kita nak serang, we all ternganga you! Apa tak nyer, tak pernah2 pijak bumi Allah tu. Mula tu memang la rasa apalah GB nih, nak kenakan kami yg kaki bangku la ni...But when we see the other side of it, we all say YES. (jgn tak tau geng kita orang diam2 gi practice dulu tau..)
So semalam tu kat pacific bowl, terukir lah 'hari ini dalam sejarah'.
Tercatat lah si 'A' telah mendapat keputusan yang paling rendah sepanjang sukan bowling di perkenalkan di dunia.
Terakam lah si'B' yang bola tergolek ke belakang...(Sakit perut kami ketawa)
Terbukti lah si 'C' boleh jugak meluncur bersama bola, mujur tak strike jer.
Terciptalah sejarah si 'D' yang tak pernah miss longkang.
Terukirlah gaya maut si 'E' yang terbaring intai bola.(tak pernah orang buat lagi tu-World record)
Tersenarailah nama si 'F' dan si 'G' yang sah tak kan dibenarkan lagi ke pacific bowl ni..(Ada ke baling bola macam nak tembus lantai alley tu..Gedegang!!!)
Tertulislah nama geng kami sebagai orang yang paling kuat ketawa dan paling kuat di ketawakan orang...yer lah, yer lah, tau.......
Termaktub lah di benak kami yang bola 15 kilo tu boleh buat kami sakit urat lengan.
Last sekali, maka terbukti lah bowling ni merupakan ubat tidor yg paling mujarab..Malam tadi aku tido macam batang kayu...Kes letih main bowling la tuuu...

5 comments:

Tok Ngah said...

Mana nak menang, pakai kasut pinjam. Saiz tok ngam, bokte tu lopa bola tok 'jadi.

But winning is not everything. What better way to lupakan singki yang sarat dengan pinggan dan kain baju di jemuran. he he

hani@debumelukut said...

tok ngah,
nak beli kasut pun, memandangkan cara nim main tu tak berbaloi rasa nya..hehehe

relevan said...

Kalah tak per cikgu..janji menang sorak..

TokNabe said...

Aduh lenguh tangan..... sedap tu kalau ada orang tolong picitkan.

aG said...

Tengok gaya tu boleh la......
kaki x nampak baku..... nampak KASUT, heheheeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...