Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 24, 2011

Cepatnya masa berlalu...

Along,
Dah 28 tahun rupanya mummy lahirkan Along.
Rasanya baru semalam.
Along dulu kecik macam Harry ni jugak lah.

Mummy masih ingat,
Mummy lahirkan Along tanpa Papa di sisi.
Mujurlah Nenek along yg urus segalanya.
Arwah Abah banyak memudahkan urusan mummy.
Sewaktu mummy mengandungkan Along, Abah hantar mummy ke sekolah.
Cuma waktu balik saja mummy jalan kaki.
Jauh tu tak lah sangat, tapi kerana mummy dah sarat,terasa sgt penat nya.
Kadang2 mummy sambil jalan sambil menangis.
Tapi segalanya terubat bila dengar tangisan Along buat kali pertamanya di bilik bersalin.
Along tau tak yang Along mula demam2 semenjak berusia 2 bulan lagi.
Along demam hampir setiap bulan.
Dalam mulut Along tumbuh tompok2 putih dan along tak boleh menyusu.
Mummy suapkan susu dengan sudu sedikit demi sedikit sambil Along menangis2.
Tangisan Along kadang tu sampai ke pagi.
Maka sampai ke pagi lah mummy tak tido dan turut menangis sebab tak tau nak buat apa dah.
Setelah Along berusia lebih kurang 3 tahun baru lah kesihatan Along bertambah baik.
Bila melihat Along duduk memangku anak sulung petang ni,
Terasa ada tangisan tersumbat di kerongkong mummy, tangisan gembira, syukur.
Alhamdullilah,
Along dah pun bergelar Abah pada Si Harry ni.
Sekarang Along tau lah macam mana sayang nya ibu bapa pada anak nya.
Dan mummy juga nak ingatkan Along,
jaga lah Isteri Along tu sebaik mungkin.
Sayangi lah dia dan jgn di lupa budi baik dia.
Sentiasa ingat,
Bagi Harry, seorang abah yang baik adalah abah yang menyayangi/menghargai mama Harry.

11 comments:

IMANSHAH said...

tahniah kak dah dapat cucu

Kamariah Awang said...

Semoga Harry membesar sihat dan selamat. Sesungguhnya, syurga itu dibawah telapak kaki ibu...

azieazah said...

Selamat ulangtahun kelahiran ALONG, semoga menjadi anak yang cemerlang, suami dan ayah yang bertanggungjawab.

Aminnn segala doa ibu.

Anak lelaki yang sangat sayang dan beri perhatian pada ibunya, adalah juga lelaki yang sangat sayang pada isteri dan keluarganya. Ini fakta.

makcu B said...

mummy along dan mama Harry cukup penting dan bermakna bagi Along, itu yang pasti!

Bapak said...

terharu membacanya...

Cikli said...

dari lubuk hati seorang ibu.

Ibu n Abah said...

Tahniah cikgu...
dah bertambah2 cucu cikgu...
Alhamdulillah..

Sally said...

Dalam sungguh pesanan Puan pada bait2 akhir itu..

Tahniah atas kehadiran cucu kedua..

sahida said...

Cikgu Hani, along ni sebaya Huda la..:) congrats Cikgu untk kehadiran Harry..!

Unknown said...

Tumpang singgah.Ada sebak di dada ,ada air di mata...moga mummy,along,Harry dan keluarga bahagia sentiasa...

sal said...

pesanan bermakna buat si anak..
moga si anak akan membaca, menghayati hingga jauh2 ke dasar hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...