Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 3, 2011

Lepas beraya sakan.

Rumah bersepah macam kapal pecah.
Pinggan Mangkuk masih belum masuk dalam stesen yang sepatutnya.
Peti ais seperti ibu mengandung 9 bulan-sarat.
Songkok entah kemana kotaknya,sampin belum disimpan dan baju belum ke dry cleaning penuh satu kotak.
Kerongsang dan assessori berterabur atas meja solek dan ada yg perlu di jejaki kerana anak2 ni main letak merata bila sudah guna.
Anak2 dah mula isi beg untuk balik ke tempat yg sepatutnya mereka berada waktu belajar.
Sedara yg pulang beraya mula mengosongkan ruang.
Bibik nak pergi klinik, dah demam pulak.
Semua kereta bawah porch kehausan minyak.
Pil 'chi kit teck onn' banyak yg luak.
Mesin timbang berteriak...Warning! Makluk lebih berat badan berkeliaran.
Dan yang paling ketara....
Saya harus kembali ke rutin yang itu itu jugak.
Sendiri lagi, sunyi dan sepi tanpa keriuhan kelmarin.
Tak suka pun kena suka,
tak mau pun kena mau.
Huhuhuhhuuu...Dah habis raya lah ni...

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Hari raya - kakcik begini juga. Andai tiada adik2 perempuan datang membantu (kalau mereka ke dapur, dapatlah kakcik menjadi mandur), bersendirianlah kakcik memasak didapur. Mujur juga suami rajin membantu mana yang boleh (dia memang tak pandai memasak). :)

makcu B said...

Kita riuhkan bilik guru pulak dengan cerita-ceritut masing2.

insan marhaen said...

Nasib baik Raya setahun 2 kali. kalau hari-raya Raya, mau semua isi dalam rumah demam!

Granny Hani said...

kakcik,
tak per, walau tak pandai masak, dia nak tolong tu kira dah baik dah..

Granny Hani said...

Makcu,
tak sabar nak ke sekolah kerana di sekolah sepi itu terubat.

Granny Hani said...

betul IM, kalau hari2 raya, tak tau lah sizr apa akak nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...