Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, September 23, 2011

Mentang2 lah saya mengalah...

Yer, memang saya ni degil.
Saya ingat sampai bila bila.
Sampai mati.
Sekali saya di lukai,
saya tidak akan lupa.
Biarpun ruang untuk memaafkan itu ada.
tapi melupakan pedih sakit luka itu mustahil.
Saya tahu manusia membuat kesilapan.
Saya pun membuat kesilapan.
Tapi bila luka itu luka yang sengaja.
Memperbodohkan saya bukan satu kesilapan.
Itu agenda terancang.
Yer, saya boleh senyum bagai tidak apa apa.
Tapi dendam adalah kudis yang bercambah di dalam.
Tunggu dan lihat,
Allah itu satu.
Satu hari nanti jika awak juga merasai pedih luka seperti saya,
berada di daerah sengsara saya,
saya tidak akan menepuk tangan ketawa.
Tapi saya akan bisikkan ke telinga awak...

" Selamat datang ke dunia saya...."









15 comments:

Acik Erna said...

betul tu..mentang2 la kita sentiasa mengalah.
memaafkan mudah..melupakan memang payah..

terpatrisinarabadi said...

hanya yang terluka yang akan merasa..sabar..

Unknown said...

manusia ada pelbagai ragam dan kerenah..kadang2 kawan tikam kita pun kita x sedar kak..

Sally said...

I agree with every single word that u have mentioned here in ur n3..

Ibu n Abah said...

Cikgu hani...
Kesabaran kita mmg ada batasnya... Jika di cuba berkali2 mmg boleh hilang sabar...
Itu yg balasannya pun besar...

munna said...

BETUL KA.... MMG KITA BOLEH MAAFKAN TAPI KESANNYA MASIH LAGI TERPAHAT DLM DIRI KITA

Zaitun said...

Memang parut tak kan hilang.

secangkir madu merah said...

bersabarlah ya... walau pun FORGIVE BUT NEVER FORGET..
kita manusia biasa, kesabaran ada batasan dan sempadannya...

ibundo said...

sekali terluka, parut akan ada sampai bila-bila.

IMANSHAH said...

mengalah bukan beerti kalah

Kamariah Awang said...

Jika tak ada bahu yang sangggup dijadikan tempat mengadu, curahkanlah perasaan duka itu pada sekeping kertas, Hani... Nescaya akan terubat segala duka.

MulutPayau said...

kadang2 mudah utk memaafkan...tetapi sukar utk melupakan apa yg dibuat pada kita...

LadyBird said...

Allah itu amat adil.. pasti Dia akan membalas setiap perbuatannya.. samada cepat atau lambat.. ia tetap akan dibalas.. itu janji Allah.. Allah tidak seperti manusia yang sellau mungkir janji..tenangkan diri yer..

makcu B said...

Hilang kata2, tak tau apa nak kata dan pastinya empunya diri tidak ingin mendengar apa2 kerana tidak perlu bersuara, cukup hanya tahu bahawa dendam masih menyala dan tertutup pintu untuk bicara....

Anonymous said...

Touched....... a*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...