Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 13, 2011

Saya nak komen diri sendiri

1. Borosnya awak ni, cuba berhemah sikit masa membeli belah tu.
2. Berdikari lah. Awak ni suka sangat bergantung pada orang lain.
3. Tak boleh ke awak lupakan saja benda2 yg menyiksakan otak awak tu. Dah laa. Tak berbaloi duk fikir2 beratus kali benda yang sama.Tahu bezakan bila awak tak di perlukan supaya pengorbanan tidak menjadi sia sia.
4. Syukur. Berapa kali awak bersyukur hari ni? Lihatlah org yg lebih teruk nasibnya dari awak tu..Nak awak tukar tempat dgn dia?
5. Redha. Hani, dah berapa kali saya nasihatkan awak supaya bersyukur dan redha?
Payah? Saya pun tak kata ianya senang.
6. Cer duk depan cermin...Bila nak diet a? Buruk nar lah awak sekarang..
7. Dah, gi tido...tau awak tu ngantuk dari lepas magrib lagi.Mana tak ngantuk awal, malam tadi awak tak tido pun... Semoga malam ni awak lena hingga ke pagi.

17 comments:

makcu B said...

Apabila ada masa untuk kita, kita buat apa yang kita suka. Apabila tidak ada masa lagi untuk kita,kita rasa suka sebab kita sudah buat apa yang kita suka.

Biarlah badan kita besar, asal kita tidak besar diri kerana rumah kita tidak sempit! Masih muat lagi!

Ibu n Abah said...

cikgu hani...
saya pun suka berdialog dengan diri sendiri.. tapi belum dalam kenyataan bertulis cenggitu...
rasanya bagus bila bertulis..
baca balik dan ada tekad/rasa nak baiki...
- nak tiru buat macam cikgulah...

Ateh Nour said...

Sallam Cikgu Hani,

Saya rasa macam saya pun nak komen diri saya macam tu..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Cikgu,

hehehe peringatan utk diri sendiri...very good at least boleh tahu area maner perlu diperbaiki..
Alhamdulillah..

Rehat dan tidur lena yea!

Nizam.Ariff said...

errr... tolong komenkan diri aku sekali, boleh tak?

secangkir madu merah said...

sebelum tidor gi basuh kaki dulu dan jgn lupa baca doa tidor.. barulah zzZZZzzzz eh sebelum terlupa, dah solat isyak?

Cikli said...

mana kata-kata yang positif. baru ying & yang. baru balance.

Granny Hani said...

Makcu B,
Badan besar lebih muatan ni risau kena saman dgn JPJ jer.

Granny Hani said...

Ibu dan Abah,
buat lahh..seronok bebel pada empunya badan ni..

Granny Hani said...

lipislady, wahhh,ramai yg minat nak bebel jugak ni..join the club.

Granny Hani said...

Kak Marina, tq dan insyaAllah

Granny Hani said...

Aku,
betul ke nak? kang akak bebel kang awak tutup telinga..

Granny Hani said...

Secangkir madu merah..
dah basuh kaki, dah solat dan tq

Granny Hani said...

Cikli, yang positif tu tak yah komen lah kan...ada ke yg positive tentang akak ni? tak der kot..he3

kucingorengemok said...

no6- sampaaaiii hati cakap kat diri sendiri gitu, hehe

Chik Att said...

saya selalu kata kat diri ..

"lantaklah ... apa kisah ... buat tak tau je..." Tapi time ada majlis...ka keja ka... tak sampai ati plak ...

Zaitun said...

Jangan banyak fikir yang diri banyak negative lapangkan fikiran supaya hati senang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...