Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, October 10, 2011

Bangau ni pun satu lahhh.......

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tidak timbul...
Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
kenapa engkau panjang?
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau
kenapa engkau tak makan rumput?
macam mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut oh perut kenapa engkau sakit?
macam mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
macam mana aku tak mentah,
kayu api basah.
Kayu oh kayu
kenapa engkau basah?
macam mana aku tak basah,
katak panggil aku.
Katak oh katak
kenapa engkau panggil hujan?
macam mana aku tak panggil,
ular nak makan aku...
Ular jugak yg di sabit kesalahan.

Kita suka menyalahkan orang lain, suka memberi alasan yg berbagai...
Kalau lah bangau jawap aje "aku kurus sebab aku diet" kan settle problem.
Tak lah habis segala benda alah kena bagi alasan.
Tapi tu lah realiti kehidupan kita hari ni.
Sentiasa cari tempat untuk sandarkan kesalahan kita.
Dengar khabar harga ayam naik lagi..rm9 sekilo?
Aduhhhhhh.....
Ayam oh ayam kenapa harga ko naik?
Macam mana harga tak naik....Siapa pandai sambung,sambung lah....

12 comments:

Acik Erna said...

hani.tak mau sambung..
sebelum belanjawan..semua harga barang..naik ..pelik..

Chik Att said...

depa naik gaji ...

waaaaaa gaji naik 30 posen .... ayam naik 2 hinggit .....

ajumohit said...

harga ayam naik sebab gaji semua naik hohohoho

Marina Monroe said...

Harga naik sebab 'ada orang' nak kayo cepat..hehehehe

MULAN said...

mana ada harga barang turun..?? toksah citer pasal ayam je, yg lain akan nyusul nanti kot..

Zuraini Kamal said...

ayam makanan aku ..
ayam makanan kamu ...
..........................

Aku said...

... macam mana harga ayam tak naik,
gomen nak kasi bonus... kasi bonus... hehehe

lina said...

salam teacher - IGNORE kan je insan2 suka mencari kesalahan org lain tu.

cikguden said...

kat sini dah lama dah 12 hinggit sekilo. huhu

Kamariah Awang said...

Orang yang lemah akan sentiasa menyalahkan orang lain dengan pelbagai alasan.... Setuju tak Hani?

Kamariah Awang said...

Hani... ma dengan sabarnya menunggu tugasan dan cabaran Hani mengambil award The Versatile Blogger tuuu... Hm,hm...

ieja amieja said...

sume2 naik..sumenyer naik..apa yg turun???lps ni boikot jgn beli ayam nak x?? boleh ke cam tu..hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...