Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, October 3, 2011

Bantuan kemanusiaan buat anak ku Iffah.

Tak payah notify bangsa bangsa bersatu.
Kaum kerabat saya dah cukup bersatu.
Tengok ni, sarat bantuan kemanusiaan di hulur.
Untuk siapa lagi kalau bukan untuk anak saya yang berada di asrama penuh tu lah.
Ini mau nyer kenyang satu dorm.
Semalam mak sedara Iffah bawak segala jenis makanan sewaktu melawat dia di Sri Putri.
Kalau makanan berkarung, saya harap tazkirah pun berkarung jugak lah.
Ini baru bantuan kemanusiaan dari Bangi, belum dari Nilai.
Kalau dari Nilai atau daerah sewaktu dgn nya,
mau nya berlori ceramah motivasi..
Heheheh...Padan muka Iffah lah..
Saya serahkan pada mak2 sedara lah yg motivate Si Iffah tu.
Saya? Dah berbuih mulut dahhhhh...
Maklum lah esuk lusa dah nak periksa. PMR.



Iffah ni lain sikit dari anak2 saya yang lain.
Jenis 'gua tak kisah'
Mak bapak dan kerabat mmg risau sangat nih.
Macam kita pulak yang nak sit for the exam.
Dia relax jer..Mcm bukan nak ambik periksa pun.
Entah lah..
Terima Kasih lah CikNa atas ingatan itu.
Terima Kasih semua yg mengambil berat.
Terima Kasih Tuhan,
walaupun Iffah bukan di besarkan dalam kemewahan harta benda
tapi dia mewah kasih sayang.
Iffah.
Yes, we assume that you are playful and not trying hard to do your best.
Prove that we are wrong.
Most of all what ever you are, we still love you all the same.

19 comments:

Cikli said...

good luck to iffah.
jangan buat mak awak runsing. tunjukkan you care!

kakcik said...

Good luck, Iffah. :)

pena rozie said...

Biase la bdk zaman sekarang...

IMANSHAH said...

kekenyangan lah lepas ni..

dulu2 dok asrama mak ayah dtg hantar sekali je, then jemput bila dah habis f5..hehe

ajumohit said...

Heheh iffah2 kuat mkn tp kurus hihi,takpe kak nmpk je mcm tak ready tp Ilmu penuh di dada

munna said...

teringat zaman sekolah dulu kak... bila balik asrama je..berplastik2 brg

AZANI said...

kak hani
moga dia sukses

azieazah said...

Seronok dan rasa bahagia bila anak-anak yang sedang membesar diberi perhatian dan sokongan dari seluruh ahli keluarga, jauh dekat.

Bila kita lihat ada anak2 yang berdikari sendiri tanpa sokongan, betapa beruntung anak-anak kita kan?

Semoga cemerlang buat IFFAH. Nanti jangan lupa belanja mak-mak menakan yang ramai tu bila dah kerja dan bergaji besar!

abah khalisha said...

untung ni..leh declare jadi sedara tak..heehe

cikguden said...

manisnya dia senyum. hehehe. jangan marah yer kak hani.

bekalan tak abis2 ni

LIPISLADY said...

Sallam,

Selamat berjuang dimedan pepereksaan Iffah, semuga kejayaan menjadi milik anda, insya Allah.

Muzaffar said...

Saya tumpang doakan yang baik-baik saja untuk Iffah.

che mid said...

Saja tunjuk tak kisah supaya emak tak runsing je la.. dalam hati ada taman dan semangat juang yang tinggi tu!

maiyah said...

assalam..

smoga iffah buat yg terbaik ;)

Pia said...

"sama2 lah kita doa yg terbaik utk diorang kak..kalau dah namanya duk asrama penuh tu insyaalllah..smga berjaya.."

delarocha said...

untung

MULAN said...

good luck iffah..!!! sweet nya dia..

Ibu n Abah said...

selamat menghadapi peperiksaan PMR Iffah...
memang rata2 yang nak periksa rilex semacam..
kita yang mak2 ni yang cemas..

A.I said...

Iffah x kisah sbb Iffah musti boleh jawab punye ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...