Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 30, 2011

Kita berenang nak?

Dari semalam hujan tak berhenti.
Kadang tu renyai2 tapi lebih kerap lebat teramat.
Kata orang tahun ni di ramalkan banjir besar.
Kat sekolah air melimpah hingga ke kelas.
Senyum panjang lah budak2..
Cikgu senyum jugak.
Seronok apa, jarang2 sekali dapat main air.
Dari bangunan A ke bangunan B kena mengharung air hujan, best awakkk..!
Ini lah masa nya nak tengok cikgu pakai selipar getah.
Ni lah kasut saya hari ni.
10 henget jer, kasut getah Tesco.
Saya beli dua tiga warna, boleh gilir2 gak.
Kalau awak duk di tempat saya pun awak sanggup jugak pakai.
Dah terpaksa sarung jer lah.
Time gini kasut2 berjenama masuk kabinet.
Kasut getah pun getah lah, janji selesa.
OK murid2...Jom kita main hujan.

11 comments:

Marina Monroe said...

Salam Cikgu Hani,

Memang elok sangatlah pakai kasut getah cam gitu time2 banjir..

~ yus ~ said...

Sekarang ni memang musim hukan kan...

cantik kasut getah tu..:)

insan_marhaen said...

jangan tahap naik rakit dah la macam kat Kedah tahun lepas!

Acik Erna said...

hani..asalkan tak licin boleh je pakai..masa2 yang diperlukan ni..

Ibu n Abah said...

cikgu hani...
cuma kena hati2 takut tapak kasut getah tu jadi licin...
jalan hati2 yer....

Ann Huda (Ate) said...

Kasut getah tu kelaassss. Kalau Ate, tak yah tunggu musim hujan pun nak pakai jugak. Cantikkk.

sal said...

10 henget, tapi cantik..

saya teringat kasut 10 henget anak saya, klu kita kata 30 henget pun org percaya, sebab lawa dan tahan..hik2

Cikli said...

tesco tepi sungai tak tenggelam kah cikgu?

Kamariah Awang said...

Cantik pun kasut tu... Tak kesahlah, asal selesa dimusim hujan kan?

cikguden said...

anak murid dengan cikgu sama naik. huhu

che mid said...

Salam Hani

Musim ujan orang tak noreh eh awak pulak pakai kasut gotah yo..cantek lak tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...