Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, October 22, 2011

Tak cukup jari nak kira dah ni...

51.
Sikit ke banyak?
Banyak.
Lebih dari 4 dozen.
Tak cukup untuk di angkut dgn sebuah bus.

51.
Tu baru kira jumlah tahun.
Kalau jumlah hari 51x365=?
Kalau 1 dosa di buat dalam 1 hari?
Kalau sepuluh dosa?
Kalau 100?
Bertimbun.
Astaqfirullah.

51
Di usia begini terasa garis penamat sudah dekat.
Kalau sardin dah lama expired.
Kalau gas dalam balang, dah tinggal kurang separuh, ringgan.
Kalau kereta dah tak di benarkan berada di jalan raya.
Pendek kata dah tak berguna.
Menyemak saja.

51
Baki usia banyak lagi ke?
Sempat ke sambut 52?
Esuk masih macam ni ke?
Entah2 berbaris segala penyakit tunggu nak mendaftar diri.
Keyakinan diri pula mula mengundur diri..
Orang mula tak pandang dah.
Macam Quran buruk,
Tunggu masa nak di buang ke laut.dilupuskan.

51
Tidak ada lagi visi dan misi baru.
Mimpi sudah tamat.
Hidup sekadar menunggu kematian.
Mengharapkan masih ada yang sayang.
Masih ada perhatian.
Masih di perlukan.
Hati tua cepat terasa.
Mata tua mewah tangisan.
Jiwa tua perlu sokongan.
Walau tua usang,
kasih sayang tetap diperlukan.

Di usia 51 ini,
Semoga langkah saya tidak lagi tersadung kesilapan.
Semoga tidak lupa menyiapkan bekalan hari kemudian.
Semoga redha dan syukur membungkus setiap kekesalan.
Semoga jika sudah sampai masanya saya bertemu Tuhan,
Saya di matikan sebagai muslimin yang beriman.
InsyaAllah.

16 comments:

Cikli said...

dah lebih separuh abad. :)

MaWar said...

semoga setiap jejak kita terus diberkatiNya

Ibu n Abah said...

cikgu...
ada kawan baik saya bagitau..
usia kita ni dah Final Lap..
waktu inilah kita kena pulun habis-habisan... mendapatkan tiket kita disana (Syurga)

sahida said...

selamat menyambut 51 tahun Cikgu Hani..:)

sal said...

dengan penuh syahdu..
ingin berkongsi kegembiraan buat seketika dgn mengucapkan..
happy birthday to u..
moga Allah memberkati dn merahmati kehidupanmu..
panjang umur dan murah rezki..
Amin Ya Rabb..

Ann Huda (Ate) said...

Ala terharunya baca N3 ni. 51...Walau masih jauh tuk ate sampai ke situ tapi angkat 2 tangan, hitung jari, ternyata dekat aja ate akan sampai ke 51. Tak payah tunggu 51 kak, di usia ate sekarang ni pun ate dah terasa seperti di atas. Semakin berusia, hanya mengharap kasih sayang dari keluarga dan rahmat Allah.

ikatankasihku said...

mudah2an semua ingin seperti itu...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu,

Selamat menyambut hari lahir ke 51. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik.

Kalau bersara pada usia 60 tahun, ada lagi 10 tahun. Lama lagi tu.

Tak apa, panjang usia banyak pengalaman pahit manis terhimpun.

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak HANI.

Moga sejahtera selalu..

hani@debumelukut said...

Cikli,
MaWar,
Ibu dan Abah,
Sahida,
Sal,
Ann huda,
Ikatankasihku,
Kunang Kunang,
Aziezah,

Terima kasih lah atas ucapan dan doa kalian..

MulutPayau said...

Selamat mymbut hari lahir yg ke 51 kak...semoga Allah permudahkan segala urusan....

Kamariah Awang said...

Selamat menyambut 51... Apa ada pada angka, yang pasti sihat wal'afiat, bahagia disamping keluarga dan tak lupa bekalan untuk menemuiNya... Semoga panjang umur, cikgu Hani...

Aku said...

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke dunia.... kan?

alamaya said...

selamat ulang tahun kak..

insan_marhaen said...

usia kita sama.. tapi selagi ada nafas, selagi itu kita perlu letak misi dan visi yang sesuai dengan keupayaan.

InsyaAllah, 2 minggu lagi IM akan pergi Mukhayyam, salah satu program wajib yang di atur oleh biro tarbiyyah pertubuhan IKRAM yang IM sertai.

cikguden said...

selamat hari lahir kak hani. semoga sihat-sihat selalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...