Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, October 15, 2011

Di lebuhraya timur barat. aku temui damai yg sementara.

Siapa yang dapat menduga sedalam mana
air di tasik itu.
atau mungkin cetek dan menjadi syurga ikan berenang.
Sejuk dingin atau suam kah..
atau mungkin juga bergelora dan berlubuk puaka.
Mungkin juga ada rahsia,
tertanam di dasar nya diam tidak terusik.
Petang tadi sewaktu aku di situ,
mau saja aku tumpahkan segala resah duka.
biar segala serpihan luka menjadi makanan ikan ikan.
ku ingin benamkan sepi yg terbuang.
Wahai Tasik Banding yang terdampar di depan ku.
Kongsilah isi hati ku...
Sesungguhnya yang tenang dan damai itu hanya lah kamu.
Aku tidak begitu....

18 comments:

azieazah said...

Tasik Banding ni di Grik ya? Saya dengar sini memang tempat popular si kaki pancing..

Jaga, jangan sampai mereka terpancing luahan hati HANI plak... hehehe

Aku said...

siapa tahu, di dasar tasek itu sang naga sedang bersemayam sambil menunggu mangsa..?

keh keh keh

ieja amieja said...

betapa duka dan laranyer hati..seperti ada sendu yg tak berpenghujung..sabar lah wahai cikgu..semoga ada sinar happy dihujung sana..

Cikli said...

nak tahu dalam tak dalam, pokok hutan di lembah dulu tenggelam ghaib

ajumohit said...

biarlah segala keresahan tertinggal di situ, semoga hati menjadi lebih damai :)

Marina Monroe said...

Salam, akak tak pernah tergerak utk meluah isi hati kpd tasik atau laut, bukit atau gunung, hanya selalu berkata dgn yg esa, bertanya dgn yg satu..

insan_marhaen said...

IM juga pernah begitu. Berbisik ke laut supaya ambil keresahan hati ini. namun akhirnya, IM akur bahawa yang paling baik untuk mengubati keresahan adalah kekentalan kita berdepan dengan dugaan itu, pasrah pada tuhan dan biar masa mengubat segala luka.

hani@debumelukut said...

Aziezah, luahan hati ni saja saja jer..Begitu lah kita kan, mudah tersentuh dengan keindahan alam ciptaan Tuhan

hani@debumelukut said...

Aku,
Naga? bukan di tasek cini? sepupu dia kot.

hani@debumelukut said...

ieja, Kalau mendatar saja nada kehidupan kita tak best, boring, kena ada pasang surut jugak.Alhamdullilah segalanya baik baik saja.

hani@debumelukut said...

Cikli,
dah tenggelam dan menjadi tukun ikan.itu yg menambahkan keindahan nya

hani@debumelukut said...

aju, keresahan yang patut di hapuskira.

hani@debumelukut said...

Kak Marina, begitu lah kita semua pun..Hanya pada Tuhan tempat berserah.Hanya dia yg tau.

hani@debumelukut said...

IM, Masa kadang tu menjadi ubat penawar kadang2 masa juga menbiakkan api dendam.

sal said...

moga suatu hari nanti..kebahagiaan akan bertandang juga di hati..

Aku said...

kak, naga tasek cini dah pindah.

dia pernah duduk kat tasek bukit merah juga... kih kih kih

AZANI said...

kak

biar kata orang calm water dont say no croc...ha ha ha....


cer citer cer iter...

MulutPayau said...

luahkan segalanya kak...semoga hati kembali tenang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...