Di hari hari begini.Di saat2 jambangan sayang
dan kiriman cinta sesak memenuhi udara
Ingatan2 buat Bonda mengingatkan aku,
Aku juga punya 'Ibu'.
Aku melewati awal kehadiran diri.
Datang ku tanpa di rancang,
bak tetamu yg tak di undang,
tidak diperlukan.
Kasih bertukar tangan,
tumpang berteduh di redupnya simpati orang.
Tumpang bermanja..Tumpang membesar
Dan tumpang menjadi dewasa.
Sehinggalah
Satu hari dia hulurkan salam pertalian.
Aku tidak pernah lupa dari rahim siapa,
yang pernah ku huni 9 bulan lamanya.
Berkongsi rasa.
Berkongsi nyawa..
Takdir memisahkan dan Tuhan menentukan.
Aku yakin Tuhan tahu yg terbaik buat ku..
Tidak mau menyalahkan sesiapa,
Mungkin sudah demikian perjalanan cerita ku.
Sentiasa menumpang, sekarang pun masih menumpang.
Selamanya pun menumpang di hati orang.
Tidak pernah bermukim..
'Selamat Hari Ibu' buat semua yg bergelar ibu.
Buat Ibu ku.
Simpan lah sisa kasih sayang mu yang masih ada,
sekiranya masih ada.
Selagi nafas masih memerlukan nyawa,
Selagi itu lah aku perlukan sedikit tempias kasih sayang dari mu..... Ibu..
16 comments:
sedikit tersentuh..sedih..
akak dah takde ibu..
hanya al fatihah dan yasin yg dihadiahkan kepada beliau tanda kasih dan sayang..
sebak
Apapun... ibu tetap IBU.. SELAMAT HARI IBU, Hani....
Masih beruntung kerana IM masih punya ibu walaupun lumpuh sebelah badan.
Tetiba teringin nak menulis sajak kembali.
memang kita semua menumpang sementara di dunia ini dan musafir yang dalam perjalanan menuju kehidupan kekal abadi.
Makcu sedih ni....rasa nak nangis ingat nasib kak Nie. Tapi........
selamat hari ibu!
Sal,
Al-fatihah buat arwah ibu Sal.
maWar,
jgn lah sebak..Hani pun tak sebak, hadapi dgn senyuman
Kamariah Awang,
terima kasih, selamat hari ibu juga buat semua kaum ibu
IM, biar pun lumpuh, Im masih ada dia. hargai lah dia..
Scarlett,
tulis lah...biarkan hati menjadi pena dan rasa mengalir menjadi tinta.
Al lavendari,
mcm senikata lagu nasyid dulu2..ingat lagu nasyid 70an tak? entah apa dah nama penyanyi lelaki tu..
gedek,
Tq dik.
Makcu, kan Kak Nie selalu kata..Bahagian duka itu tak serupa..Scala pun tak sama..
Post a Comment