Nak makan apa hari ni?
Celik mata di pagi hari ini lah soalan pertama yg hinggap di benak fikiran.
Nak jamu ahli keluarga makan apa?
Kerana kita dilahirkan di bumi bertuah ini maka
hanya ini yg menjadi tanda tanya.
Nak beli ke nak masak..
Kalau beli nak beli kat kedai mana
kalau masak nak masak menu apa
Tu, penduduk Gaza tu...
Boleh sedut nafas ke tidak hari ni belum tentu
Ahli keluarga selamat tak?
Yang sakit ada ubat tak?
Yang mati ke yang hidup lebih merana di bumi itu.
Hanya Tuhan yg tau azab sengsara mereka.
Kita bersimpati juga,
tapi time makan kita makan besar
Time tidur kita tidur lena
Dapat bercuti, dapat berlibur, dapat berhibur.
Dapat senyum.
Dapat tengok anak2 senyum.
Alhamdullilah, kita di lahirkan di sini.
Celik mata, hujan atau panas,
Rezeki tetap melimpah.
Cukup.
Jangan pandai2 nak nafikan.
Kalau rasa masih tak bahagia di sini,
pindah jer duk kat tempat lain.
Ada yg asyik merungut saja
Tak reti nak bersyukur.
Ikutkan nak komplen, tak habis habis.
Ko larat, ko komplen la...
Saya ok jer.....
10 comments:
Kadang2 rasa nak komplen juga, tapi malas la pulak... hehehe...
macamana tu? :)
kalau beli, beli kat nasi ulam cikgu tu, hehe... *agak terkeluar tajuk
saya pun ok je..
Kakcik Nur,
komplen secara berkala tu ok jer..Saya pun tak habis ngomel tapi tak tahan ni yg tak kira masa duk komplen..campak ke laut kang.
Kucingorengemuk,
Kalau waktu pagi byk tempat lain yg laaaaagi best. Kalau nak tau sedap macam mana tgok la size saya ni...
Che Mid,
Kita ok sokmo2 kannn...
ada kawan cerita dia pernah borak dgn penduduk palestin sendiri..katanya 'kalau boleh tukar,awak nak tak duduk di malaysia dan saya duduk di gaza?'tahu apa penduduk tu jawab?dia kata 'saya rela tinggal digaza,mati syahid.tapi kalau di malaysia..saya tak tahu mati macam mana'
Irfa, betul tu tapi Irfa nak tak jika di beri peluang tukar tempat macam tu?
cikgu..
ALHAMDULILLAH kita dilahirkan di Malaysia..
aman dan makmur...
- hmmmmmm nak makan apa ya???
err tak..sbb saya sayang bumi Malaysia.ke oversea sekali sekali boleh la..duduk terus tak kot sbb saya xleh berjauhan dr mak ayah saya dan makanan malaysia yg beraneka ;)
Post a Comment