Dia ni pelik sikit.
Di musim panas dia berselimut.
Di musim sejuk dia terdedah.
Dedah pun tak seksi sebab badan besar.
Dia ni juga 10 bulan dalam setahun makan gaji buta.
Nak buat macam mana dah tidor aja kerja nya.
Dia hanya berkhidmat lebih kurang 2 bulan sepanjang tahun.
Tapi jangan tak tau,
2 bulan tu,
Dia kerja lebih masa.
Tak berhenti rehat pun.
Pagi kerja malam kerja.
Tercunggap cunggap.
Yang tak tahan nya,
dia kuat makan.
Sekali dia ngap letrik, bercupak!
Tengok lah bila bil sampai nanti.
Mujur lah dia ni pandai pulak berpakat dgn Si Aircon.
Sewaktu dia kuat makan,
Si Aircon pulak berpuasa.
Si Aircon ni memang rajin puasa di akhir tahun.
Sebagaimana rajin nya Si Dia ni kerja di akhir tahun jugak.
Hari ni hujan masih lebat di luar.
Makluk bawah bumbung saya ni pun satu hal.
Makin kuat hujan makin suka tukar pakaian.
Kesian Si Dia ni...
Selamat bekerja lah Wahai 'Mesin Dryer' ku.
Bakti mu amat ku perlukan.
10 comments:
Kat rumah cikgu Hani , lengkap segala-galanya.
Kat rumah IM punya, bil ok. Agaknya sebab tak guna banyak.
IM memang sebolehnya basuh kain dengan kadar sederhana (bukannya full)
he he bukan senang nak senang..
Nampaknya musim hujan gini kerja lebih-lebih masa lagilah cik mesin dryer tu kan!!!. Berguna ada dia di musim begini.
Wahhh kalu gitu, datang la ujan ribut pun tak da masalah nak jemur kain.
Salam. TQ sbb pernah jd follower blog asal sy iaitu www.jukdin.com. Tapi blog itu telah ditutup dan saya kini menulis dari jukdin.blogspot.com.
Bil letrik makchaq sentiasa banyak.. tak tau la kot2 tarif letrik kat putrajaya ni lebih tinggi dari kat tempat lain..
tukar shift. tapi cam tak fair plak
Assalamualaikum Pn Hani
Banjir adalah masa
Jumpa kwn2
Jumpa jiran
Beramah tammah lebih rapat lagi
Kak Hani, kalau anak2 na dah besar panjang, mahunya hari2 kena basuh baju.. Siksa especially musim hujan gini.. Tiba masanya nanti maybe na kena beli jugak dryer ni.. tapi setakat ni na guna sepenuhnya bilik2 dan ruang2 kosong utk sidai baju under the fan (full blast).. kahkahkah..
Post a Comment