Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 5, 2012

N3 sindir orang...

Saya tau awak tak cerdik dan saya tak suka
( WARNING-Ayat pertama yang menunjukkan mood penulis tak stabil)
Saya suka lelaki yg bijak.
Macam mana nak tau dia bijak ke tidak.
Cara dia bercakap pun dah tau
Siapa kawan2 dia,
Hobby dia,
Penampilan dia,
Pandangan dan cara pemikiran dia akan menunjukkan mentaliti dia yang sebenar.
Latar belakang pendidikan tu dah sah lah.
Kalau yang buat2 bijak tu tak kemana,
Nak tipu orang sekejap boleh la,
lama2 orang dapat hidu juga.
Selalunya orang bijak ni low profile.
Resmi padi...

Tapi orang yg kureng bijak ni kekadang ngalahkan org yg bijak.
Eksen lebih..Nyampah sungguh!
Kalau setakat pakai kot dgn tie, berkereta import dan pakai barang berjenama bukan penentu kuasa minda lagi tu.
Kalau duk bilang kenal VIP sana sini tapi VIP tak pula kenal dia, omong kosong saja tu.
Kalau bercakap pun guna bahasa kurang sopan, tak reti hormat orang lain, buat lawak bodoh sah sah la bodoh nama nya tu.
Yang paling menjengkelkan ialah bila perasan berjawatan tinggi sedangkan dgn kelulusan tu siapa pun tahu setakat mana lah gred jawatan tu boleh di lonjakkan..
Aduhhh...Terima saja lah kemampuan awak tu, jadilah diri sendiri ..Kan lebih baik begitu.
Yer betul, saya nak sindir seseorang ni...

Maaf yer..orang2 yang tak berkenaan yg telah baca N3 ni..Maafkan bahasa saya ni, saya kalau tengah marah terus menaip ini lah jadi nya....Dah lama marah dah...tunggu meletup saja, ni belum meletup lagi ni.

9 comments:

Irfa said...

hehe..bersepah org mcm ni ;)

zila@akulovetravel said...

Memang bersepah org camni..tak nak berpijak bumi nyata..hopefully kehidupan sehari-harian mengajar drg supaya sedar kedudukan diri. Kita yang melihat jadikan tauladan..bersederhana itulah sifat mulia

nadbaptist said...

wah! kak sekali-sekala marah mmg elok luahkan sekurang2nya dapat meredakan..

Unknown said...

Amboi GH..ini bukan naik angin lagi, ini dah tahap ribut taufan....saborrr...tarik nafasss...hembusssss

eLL said...

kesian dia kan....

Ibu n Abah said...

memang banyak org mengaku macam bijak..
dan orang yg betul2 bijak tak pernah mengaku bijak...
rupa dia pun dah nampak bijak...

azieazah said...

Saya cukup takut orang judge saya terpesong dari sebaliknya. Ramai orang pandai "menilai" orang lain dari tulisan. Risau kiter....

Anonymous said...

yeah ramai org macam tu n kita xmahu jadi mcm ramai2 :)

anyway I like ur stail, classy babe! nak ikut akak gak, bila jiwa xstabil, channel in a form that others could be englighten. in other words, I'm having my take away :)

ryaha

Ros said...

ramai yang terlajak bijak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...