Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, December 31, 2012

tak mahu ke tahun baru, nak berhenti di sini saja.

Hari ni hari penutup.
Selamat tinggal penat lelah ku.
Ku kikis segala duka semalam dari terus bergantungan
Bisakah aku berbuat begitu?
Boleh kah?
Mampu kah?

Atau mungkin kah,
ada duka baru akan hinggap.
Seperti selalu,
aku lah yang seringkali di duga tanpa henti.
Terumbang ambing di lautan payah.
mencuba untuk kelihatan gagah
memujuk diri untuk sentiasa tabah.
Pasrah.

Esuk,
Bila melangkah ke tahun baru
yang ku harapkan dari mu Tuhan,
Titipkanlah khabar yg bahagia buat ku..
ringankanlah beban yg ku kendong ini.
Leraikan lah resah yang membelit jiwa.
Tenangkan lah ribut di hati
Kalau pun ujian bagi ku masih banyak menanti,
Berikan lah kesabaran yg mencukupi buat ku.

Aku ini, Tuhan,
Kadang kadang merasa seakan
hak untuk bahagia,
sudah tidak ada.

5 comments:

Irfa said...

emmm...apa pun berlaku,hidup mesti diteruskan selagi nyawa dikandung badan.

selamat tahun baru 2013

Kak Mahh said...

Hidup mesti diteruskan...

Nizam.Ariff said...

*psst.. akak, kedudukan koma (,) kat bait ini kena ubah ke depan sikit.

" Aku ini Tuhan,*
Kadang kadang merasa seakan... "

Granny Hani said...

TQ Nizam,memang akak tak perasan masa update tu...TQ again.

Anonymous said...

salam..orang macam cikgu hani pun banyak dugaan ke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...