Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 17, 2013

Di dera oleh kambing.

Ada kawan datang bawak daging kambing se peha.
Siap diperap, masuk dlm oven or grill saja.
Ada lah 2,3 orang 'Hantu' kambing di sini..
Sukanya mereka, tak sabar2 nak jamu selera.
Bila masak saja saya letak kambing sepeha tu atas meja.
Dengan pisau dan garfu mereka mula mengadap.
"Payah lah, nak ambik isi kambing ni...tangan saya ketar, camna nak makan."
kata Si Do.
" Liat lah, nak retak gigi palsu...."
Kata Si Re.
"Tolong potong kecik2 dan hidang tanpa tulang boleh?"
kata Si Mi
"TAK LEH! Dah nak makan tu usaha sendiri lah."
Kata saya, Si Control Ayu yg kejam...
( Hehehe, nak tergelak juga tgok aksi Do Re Mi nih.)
" Okey jer, tak liat pun"
Kata Si Bujang yg belum lapuk lagi.
"Sedap"
Kata Hero Malaya yg muda belia.

The moral of the story...
 Kalau payah sangat nak makan tu tandanya Tuhan memang tak bagi awak2 makan,
Awak tu dah BMW 5series, segala penyakit dah ada, jgn cari pasal dgn hadap kambing se peha.
Biar orang2 muda dan sihat saja habiskan kambing yg tersangat lah sedap tu..

Tu lah, kalau saya larang pun bukan nya dia orang dengar cakap saya,
Maka hulubalang2 lama pun terpaksa give way pada panglima2 muda...
Selamat telan air lior wahai pakcik2, tokcik2....

2 comments:

Kakcik said...

Hahaha... kejam juga bunyinya tu... :)

ma yusoff said...

kihkihkih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...