Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, October 25, 2013

Tarik nafassss...Lepas.Tarikkk....lepas...

No I am not ok
Keletihan yg melampau.
Rasa nak tido saja,pantang ada masa luang.
Dah 3 hari kembali bertugas ni baru saya tahu rutin hidup saya amat memenatkan.
Untuk bahagikan masa antara tanggungjawap sebagai guru,
Tanggung jawap sebagai Misi dan
sebagai isteri, ibu, nenekdan surirumah ni amat memerlukan kekentalan semangat.
Tak mampu rasanya,
Pagi hari saya ke sekolah memungut beban tugas yg berlonggok atas batu jemala.
Balik rumah pula saya kena caturkan hal2 berkaitan rumahtangga,
Mengurus anak yg sakit, anak yg tidak sakit perlu di urus juga.
Siapa lagi yg sepatutnya berkongsi urus kerja suami yg uzur?
Siapa lagi yg bersilat dgn cucu2 yg masih kecik2?
Siapa nak layan Tetamu?
 Siapa nak berloyar dgn Pekerja?
Siapa nak halau Kucing? nak bagi makan Ikan?
Orang tu? orang ni?
Buat tu buat ni siapa lagi kalau tidak saya, tanggung jawap saya.
Semestinya saya
Niat nak rehat dan rebahkan badan sekejap terpaksa di tunda bila ada saja yg perlu di bereskan.
Malam pula memang bercadang nak tidor awal kerana saya perlu bangun urus Ja pula nanti,
tapi terpaksa batalkan niat, untuk tido awal adalah mustahil,
banyak lagi perkara lain yg tidak membenarkan saya lelap.
Dengan usia yg begini dan kesakitan jari tangan saya ni,
saya rasa macam nak mati, nak pilih untuk mati..
Hahaha..Mati bukan boleh di pilih2, tau tapi saja nak cakap.
Saja nak gitau macam tu lah yg saya rasa bila penat sangat2.
Astaqfirullaailazimmmmmm
Penat teramat sangat.
tambah penat bila tidak ada yg faham.
Rutin hidup sebelum saya mula bekerja semula ni dah cukup 'hectic' dah.
Sekarang tambah lagi kerja seperti lah saya ni tak cukup byk lagi tugasan.
Mati lah saya kalau macam ni...Sekali lagi sebut pasal mati
macam lah mati tu senang dan mati boleh selesaikan masaalah.
Bodoh betul lah!
Sebenarnya bukan soal hidup atau mati,
Saya hanya nak orang2 di sekekliling saya tau dan faham.
Sokongan moral tu yg saya nak, bukan tambah memayahkan saya.
Fahamilah saya dan hormatilah masa rehat saya yg sedikit itu.
Jangan lah menambah stress saya, give me some space.
Kerana saya belum mati lah maka saya kena fikirkan cara yg lebih baik.untuk uruskan masa saya.
Kalau terus begini saya tak larat.
Kalau berterusan begini saya akan meletup nanti.
Ya, gunung berapi dah berasap....
Tunggu masa saja...
Maaf lah, bila menaip bukan dgn jari tapi dgn hati,
ini lah hasil nya...
Saya hanya nak legakan otak yg berserabut,
Suka hati awak lah nak label saya sebagai apa pun.
janji lepas ni otak lebih ringan, minda lebih positif.
Dalam hati orang ada taman tapi
dalam hati saya ada gunung berapi...
KEBOOMMM..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.




3 comments:

Anonymous said...

inshaaAllah orang sekeliling dan keluarga akan memahami dan memberi sokongan. memang berat tanggungan mummy. semuga mendapat kemudahan dan keringanan dan setiap hari lebih baik dari hari sebelumnya.

DYatie said...

Mummy. InsyaAllah Allah akan meringankan beban mummy.

Anonymous said...

Allah... Allah... kupohon dgn amat... ringankan gundah di hati ibu ini... Aminnn ya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...