Makin dekat dgn hari nak mula kembali bertugas,
hati makin berkecamuk.
Bimbang, risau, takut, ragu...
Siapa lagi yang boleh saya harapkan
untuk jaga anak saya melainkan dgn pertolongan Allah.
Semoga Allah temukan saya dengan orang yg ikhlas jaga Ja.
Semoga ada belas di hati dia,
semoga ada rasa kesian di hati dia.
yer lah, walau di bayar gaji berapa pun,
keikhlasan adalah perasaan yg tak dapat di bayar.
Tidak ada harga buat perkhidmatan dgn ikhlas.
priceless.
Tuhan sajalah yang akan menentukan bagaimana kebajikan Ja nanti.
Saya tak akan tau bagaimana layanan dia, tapi Tuhan tahu.
Maka apa lagi yg mampu saya buat selain dari berserah pada Dia.
Tuhan,
Mudahkanlah urusan ku,
Ringankan lah beban di hati ku ini semoga aku boleh kembali bertugas dgn lapang dada.
Tuhan,
kepada mu lah aku berserah.
3 comments:
Hasbialloh wa ni'wakil ni'mal maula wa ni'mal nassir
Aminn
MUdah2an Allah permudahkan segala urusan kak Hanie..Insyallah pasti ada yg ikhlas akan menjaga Ja..
Beruntunglah mereka yang dapat pengasuh yng sanggup menjaga tanpa berkira.
Post a Comment