Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 27, 2013

mengigau tapi malu nak ngaku.

Dah terlalu lama tak cukup tido,
hari ni saya tido sampai puas.
Tido mati.
tak sedar apa2,
kalau gempa bumi pun harus tak apa apa.
Dah berbulan saya tak cukup tido kerana urus Ja.
Tido sejam dua bangun sejam dua, tido sejam bangun sejam...
Maka sampailah ketikanya mata menjadi teramat berat.
Perlu tido yg cukup untuk charge balik bateri.
Sedap sungguh dapat tido bila balik dari sekolah tadi.
Kebetulan petang ni tamu tak ada yg singgah.
lepas solat asar saya sambung lagi tido.
Bila di kejutkan sekejap tadi, saya berlari untuk mandi dan gosok baju.
Laaaaa....ingatkan subuh rupanya baru nak senja.
Nyaris nak solat subuh dah tadi....
Heheheheeee.....malu jugak bila mengigau di siang hari nih,
tapi buat2 garang, marah2 org yg kejutkan kita tu..
Cover line lah kannnn.....

3 comments:

Dr K said...

Hihihi...tu pasal orang tua tegah kita tidur lepas Asar kan....Tapi kalau dah terlalu letih/penat...tidur lah..dpt rehat...betul tu,kena charge balik badan :)

Azian Elias said...

dapat tido dengan nyenyak barang seminit pun dah cukup puas kan..


semoga akak tabah selalu..

JunAina said...

Kadang2 bila terlalu penat dapat lelap 15-20 minit pun dah cukup untuk recharge energy. Haaaa...tido lepas asar matahari langkah badan kata org tua2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...