Aku ini perempuan yang manja dan degil
Kerana aku ini yang manja
aku cepat mengalirkan air mata
Kedegilan ku telah memastikan
aku mempamirkan ketawa
Kerana aku ini manja
aku cepat berkecil hati
Kedegilan ku lah yang menyebabkan
aku mengundur diri
Kerana aku ini manja
aku cepat merajuk
Kedegilan ku lah yang membuatkan aku
memilih untuk tidak dipujuk
Kerana aku ini manja
aku cepat merasa tidak dihargai
Kedegilan ku lah yang menjadikan aku
serik untuk menerima cinta
buat kali kedua
Aku ini perempuan yang degil dan manja.
No comments:
Post a Comment