Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 12, 2008

Lupa membilang usia


Pagi ke berapa aku bangkit dari tidur?
terlalu memburu siang
hingga lupa membilang
kerana tidur itu satu kebiasaan
Rakus menyedut udara segar
Lupa memanjatkan syukur kepada Tuhan
yang telah meminjamkan nyawa
dan kesihatan

Kelam kabut mengurus diri
terburu buru membersih diri
Ringkas nya solat
Doa pendek mana sempat
Terkejar kejar ke pejabat
Tergesa gesa siapkan kerja
Terisi masa hingga ke senja
Dalam lelah dan kesesakan
Tiba tiba terlintas di kepala..
Akan berulangkah rutin ini
di hari esuk nya... .
Lupa membilang usia
Entah bila tamat tempoh nya.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah
Kupanjatkan rasa syukur
Kehadrat yang Mana Esa
Kena masih lagi memberikan kita
Ruang masa untuk meneruskan
Kehidupan

Ketika mata terbuka
Dari pejam yang dibelai mimpi
Ada yang bahagia, duka maupun nestapa
Marilah kita memanjatkan
Setinggi kesyukuran
kepadaNya
Agar esok yang bakal tiba
Akan menjanjikan
Kebahagiaan yang berkekalan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...