Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, October 22, 2008

It's my birthday

Di Hari Jadi ku
Tidak perlu Cincin Intan Berlian
Jika setia telah kau gadaikan
Tiada guna berbulan madu ke hujung dunia
Jika ikatan rapuh dan telah pudar bahagia
Apa lah erti nya sejambak mawar merah
Harum mewangi jika duri mencucuk hati

Di Hari Jadi ku
Hulurkan aku sayang dan rindu mu
Kembalikan tawa ku
Rawatlah resah ku
Lenyapkan duka ku
Bantulah aku untuk
Ubati luka hati ku
Itu lah saja hadiah hari jadi
yang ku pinta dari mu..

2 comments:

nik nazlyne (insanfana) said...

Happy Birthday Che Su, semoga tenang dan ceria selalu hari-hari yang dilalui...

aG said...

Ku hulurkan salam
Bersalut kasih dan rindu
Berteman titisan embun
Agar kau terasa nyaman
Dalam dingin malammu

Ku luahkan rasa
Supaya kau akan memahami
Erti keresahan yang mencucuk
Bila kau tiada disisi menemaniku
Melayari saat-saat kepergian
Seorang kekasih
Jika pun untuk seketika

Namun......
Sebelum terbitnya suria pagi
Izinkan aku menganyam mimpi
Berdansa bersama alunan merdu desiran bayu pantai
Dan ketika kau lena di pangkuan
Bersama dendangan puisi
Yang pernah kau titipkan
Dalam warkah merah
Sekali lagi izinkan seorang aku
Mengusap bibir merahmu
Dengan bisikan selembut sutera
SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...