Aku bukan lagi bidadari yang telah kau sunting menjadi isteri Kerana letak ku bukan lagi di syurga hati mu Langkah sumbang mu adalah titian yg rapuh Setelah ku menyeberangi ke sempadan benci Aku sekali kali tidak akan menoleh lagi Bidadari ini telah menjadi mimpi ngeri mu Menghantui setiap jejak mu Hitam terbakar hati yang pecah Warna bahagia telah hangus menjadi bara ..menjadi abu Diam ku bukan lagi malu tersipu Diam ku adalah dendam yang menyala Cinta ku ada lah kaca yang kau hempas Serpihan nya bisa melukakan mampu mencalarkn jari acap kali menggores hati mu Telah patahnya sayap bidadari mu Terbang pulang ke syurga adalah mimpi… Sayangnya kau terjaga dek panasnya neraka
No comments:
Post a Comment