Saya hanya ingin membeli
Jika ada yang sudi menjual
Tapi bagaimana jika saya rasakan
saya tersilap beli
Sedangkan yang didapati
tidak menepati sasaran
Kerana yang saya mahukan
bukan yang begini
Mungkin saya tersilap
mentafsir iklan
yg menyembunyikan
kepalsuan
Saya juga ingin menjual
Jika ada yang sudi membeli
Tapi bagaimana jika saya terjual
Dan saya merasa sesal
kerana yang membeli
Mahu memulangkan nya kembali
Mungkin dia bukan pembeli setia
setelah menemui yang lebih nilai
dia merasa harga yang dibayar
tidak setimpal
Itulah salah nya saya
Modal tak seberapa
Tapi masih ingin berniaga
Tiba tiba muflis
Kepada saingan yang
Modal berjuta
1 comment:
JANGAN DISESALI DIRI
JIKA HARUMNYA KUINI
TERCEMAR DIDALAM DAN ROSAKNYA MANIS
KERANA KITA TIDAK PERNAH MEENGUPAS
KETIKA BERJUAL BELI
APA YANG KITA LAKUKAN
MENILAI KILATAN KULIT
SERTA HARUMNYA BAU
NAMUN
BUKAN LAH IMPIAN
UNTUK MENGUNDUR LANGKAH
SEDANGKAN HARUMNYA MASIH DITATANG
DAN BEBANNYA MAMPU DIGALAS
BANGKITLAH SAYANG
MENERUSKAN LANGKAHAN YANG GAGAH
UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN
KERANA MODAL BERJUTA
BUKANLAH PENGUKUR
ERTI KEJAYAAN KERANA KITA
MASIH BERSATU
DALAM UNCANG YANG KUKUH
BERBALUT CINDAI YANG INDAH
DI ATAS SINGGASANA
YANG KITA BINA
DARI SISA-SISA KEHIDUPAN
YANG PERNAH KITA LALUI....
Post a Comment