Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 4, 2009

Pernah dulu jalan ku sangat mudah.

Seorang teman menulis ini untuk ku.
Ku kongsi disini kerana didalam hidup ini kita pernah begini atau mungkin akan berada di dalam situasi ni juga kerana hidup bak putaran roda..Sekejap keatas, sekejap dibawah..
Terima kasih, mereka yang merasa sahaja tahu bagaimana pahit nya hempedu dan bagaimana tajam nya sembilu..

Mengimbau masa silam
Tersentak dek jalan yang lurus
Pernah dahulu jalanku sangat mudah
Sambil berlari riang di jalan itu
Aku menatap kepiluan teman
Dan aku bahagia

Tuhan
Engkau ciptakan gaung di tengah jalan
Aku jua tak menyangka
Begini pula lorong yang akan kulalui
Tiada lagi keriangan lalu

Engkau Maha Adil
Semalamku kau beri suka
Temanku kau beri duka
Hari ini kau beri duka
Temanku kau beri suka

Lemah aku melangkah
Kuharus berlalu jua
Meneruskan perjalanan di jalan baru
Jalan serba payah
Tapi aku punya Kau Tuhan
Menemani saat kesepian
Menghibur kala kengiluan
Memimpin bila aku rebah tersungkur

Ya Tuhan
Berilah kekuatan
Biar aku melangkah gaung itu
Kurniakanlah ketenangan
Agar hati tak lagi kemurungan

Pimpinlah aku
Menuju puncak agung

1 comment:

Maiyah said...

Allah maha adil dan penyayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...