Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 18, 2010

Anak...Semuanya sama.

Anak saya baru balik dari seberang lautan.
Dah tamat lah 5 tahun di perantauan.
Saya selalu terlupa yang dia sudah dewasa.
Dia sudah bergelar isteri.
Sudah boleh berdikari.
Bagi saya, anak ini masih dia yang saya pimpin tangan untuk ke seberang jalan.
Jadi saya masih lagi memimpin dia mengharungi masa depan nya.
Dia tidak pernah menjadi dewasa..Tetap anak kecil di hati saya.
Sememangnya di hati setiap ibu.
Masa tidak membezakan setiap titik perhatian.
Sentiasa dekat di hati.
Memerhati..Memayungi.
Menyambut jika jatuh.
Menongkat jika hampir runtuh.
Membelek setiap helaian kehidupan mereka
hanya untuk memastikan mereka tidak apa apa.
Sebenarnya saya bukan lupa yang mereka sudah dewasa.
Tapi saya buat buat lupa kerana saya belum puas
membesarkan mereka...
Anak..Walau dah berusia 27, 25,20,14 atau baru 9 tahun.
Bagi saya...Semuanya sama, masih bayi saya.
Pelik kan saya ni?

1 comment:

kak Erna said...

salam hani..tak ade yang peliknya..bagi ibu2 anak2 sentiasa masih kecil disisinya..masih ingin dibelai..dimanja..dan dipelok sentiasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...