Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 14, 2010

Tiada lagi yang saya harapkan...

Jeles. Memang saya jeles. Apa tidaknya, setiap kali saya bertemu kekawan, saya di hidangkan dengan bermacam macam tuah yang dia orang pungut di sepanjang hidup mereka. Dan tuah yang amat buat saya jeles ialah bertuah nya mereka kerana mereka sentiasa disayangi. Mewah kasih sayang. Alangkah indahnya bila ada rindu yang diperuntukkan, ada tempat mengadu dan bermanja...Hmm, jeles namun saya tumpang bahagia.
Sama jugaklah bila saya membelek2 blog orang lain.Saya cukup rasa tersentuh bila melihat photo2 pameran kasih sayang yang ada..Bertuah nya mereka. Apa daya saya, saya cuma mampu memujuk hati dengan cuba untuk berfikiran positif..yer lah, Tuhan telah memperuntukkan bahagian masing2, dah bahagian saya sebanyak ini. maka saya seharusnya redha.
Cuma sebagai manusia yang banyak kekurangan, kadang kadang saya menjadi keluh kesah bila saya kenangkan segala luka yang ada di dalam diri. Banyak dugaan Tuhan yang saya terpaksa hadapi. Banyak kali terjatuh dan mau tidak mau saya bangun juga semula kerana hidup perlu diteruskan. Saya cuma berdoa supaya Tuhan tidak menduga saya dengan dugaan yang boleh menyebabkan saya menjadi kufur..kerana saya tahu Tuhan sentiasa menduga orang yang terpilih sahaja.Adakah ini bermaksud saya juga bertuah kerana terpilih? InsyaAllah.
Siapa pun jika diberi pilihan sudah tentu mahu disayangi, di hargai dan bahagia selamanya. Saya sudah lama berhenti mengharap dan teruskan hidup seadanya. Biarlah, saya sudah kesuntukan masa untuk cuba sekali lagi. Memadailah saya di berikan kesihatan yang baik untuk saya beribadat, syukur dengan kehadiran anak anak yang tidak melukakan hati orang tua, sekeping atap untuk berlindung dari hujan dan panas dan mensyukuri seteguk air yg menghilangkan dahaga, begitu juga secubit makanan dari hasil titik peluh yg halal..
Biarlah saya begini selamanya...Tidak mau terlalu meminta minta, lagi pun siapa lah saya untuk
menjulang trofi 'bahagia' bila terang dan nyata, saya sebenarnya tidak ada apa apa...
Tidak ada apa apa.
Tidak ada apa apa.

5 comments:

maiyah said...

kekadang hnya dlm gambar tp realitinya mrk ada cerita memasing yg tdk bleh dikongsikan bersama.. apapun dugaan trus ukirkan senyuman di hadapan suma org..

kak Erna said...

hani..betul kata maiyah..dan betul juga kata hani..yang penting kita diberi kesihatan yang baik untuk beribadah dan anak2 sentiasa menyayangi kita..

hani@debumelukut said...

segalanya hanya pinjaman..Tak ada yang kekal.Yang kekal hanya Dia. KepadaNyalah kita berserah..tq maiyah dan kakErna.

Anonymous said...

Salam. You are not alone.

hani@debumelukut said...

dear anonymous,
its good to know that i am not alone..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...