Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, May 12, 2010

Jangan sesali nasib diri..

Tengok kiri kanan.
Tengok kawan kawan.
Jangan tengok dengan mata saja.
Kaji dengan hati.
Setiap orang ada masaalah tersendiri.
Tak dapat lari.
Tipu lah kalau ada yang mendabik dada mengatakan dia bebas dari masaalah.
Tipu..Sikit saya tak percaya.
Yang mewah harta pun ada yang tak bahagia.
Yang ada kuasa pun tak kuasa menolak dugaan dari Tuhan ni.
Yang terkenal dan menjadi pujaan ramai lagi banyak persoalan.
Yang cantik lawa pula berjutalah yang perlu di tangani.
Kita tengok orang kaya harta, berkuasa, tampan segak dan ada segala galanya.
Kita rasa bertuah menjadi mereka...Yer ke??
Kita belum kaji dengan teliti lagi ni..
Entah entah dia orang laaaaagi banyak dugaan dari kita.
Entah entah kita lagi bahagia dari mereka.

Hmm...Kaya pun mati, miskin pun mati.
Banyak duit pun mati, banyak hutang pun mati...
Bezanya mati banyak hutang ni,
ALONG cari waris woiiii.....Nanya yang hidup.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)

2 comments:

umimanja said...

Lina setuju dengan akak......belum tentu lagi org yg banyak harta hidup dia bahagia....
Anak sulong Lina baru je bagi tazkirah kat Lina berkenaan dgn harta, umi jgn terlalu memandang harta, cukup2 dgn apa yg kita ada, bersyukurlah......

kak Erna said...

hani..selagi kita bernama manusia..memang tak lari dari masalah..semoga setiap yang mendatang dapat kita atasinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...