Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 20, 2010

Hero ku species 'Hero tok gadduh....'

Along selesa dengan kerjaya dia.
Walau kadang tu terbang kesana kemari memenatkan.
Tapi bukan dia yang saya risaukan.
Bagaimana pula dengan Kimi..
Masih tercari cari hala tuju..
Sekejap begitu sekejap begini..
Kakak dah berjaya dan berkerjaya.
Sudah tahu mencorakkan masa depan.
Walau kadang kadang masih kebudak budakkan.
Tapi bukan dia yang saya risaukan,
Kimi yang menjadi persoalan.
Kimi 'Hero tok gadoh'
Saya tak dapat agak apa dalam kepala besar nya.
( kepala besar bukan besar kepala k)
Langkah masih kabur..
Persimpangan mengelirukan.
Sedangkan segala peluang ada didepan,
tidak di pergunakan.
Saya amat berharap,
sentiasa tidak lupa mendoakan
agar Tuhan juga permudahkan rezeki dia.
Menjauhi dia dari payah..
Saya amat amat risaukan dia.
Tapi dia, saya lihat...bersahaja.
Relax sokmo..
Cool sentiasa..
Kimi? Hellloooo......?
Walau apa pun, Mak mana tak sayangkan anak..

2 comments:

Anonymous said...

malu dia wat gini

hani@debumelukut said...

Dear anonymous,
Don't worry, I know my Kimi, the family clown well..And he knows my feelings well too..tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...