Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 4, 2010

Bila awak sihat, rindu saya terubat..

Tiba tiba dia ucapkan 'salam...'
Betul ke ni?
Ke agen2 yang menyamar...
Sebenarnya dah lama saya tidak mengharapkan lagi salam dari dia.
Bukan, bukan bermusuh atau apa.
Tapi keuzuran dia yang di tahap agak kritikal,
membuatkan saya kehilangan seorang sahabat.
Saya terputus hubungan,
Dia tidak mampu bertutur,
terlalu lemah untuk berinteraksi.
Saya andaikan dia tidak ingin di ganggu
dan masih menerima rawatan.
Sekiranya sembuh (dan saya memang sentiasa doakan dia cepat sembuh)
saya juga tidak mengharapkan dia hubungi saya kembali..
Mana tau, masa merubah segalanya.
Lama dia diam begitu...
Lama saya merindui sapaan dari dia..
Lama...Sangat lama
Saya putus asa.
Saya teruskan kehidupan saya
Cuba lupakan dia.
Makin cuba makin ingat.
Ingat kemas sentiasa.
Semalam dia hadir...
Saya hanya mampu beritau dia tentang rindu saya,
tanpa bertanya khabar dia di sana.
Maafkan saya..,
Otak saya tak sempat proses soalan yang sepatutnya.
Alhamdullilah,
Alhamdullilah,
Alhamdullilah...
Tuhan mendengar dan makbulkan doa saya.

2 comments:

Mak Su said...

salam rindu

hani@debumelukut said...

Salam rindu buat MakSu jugak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...