Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 9, 2010

Ja, today mummy is the happiest mum..TQ.

Sunday, May 9, 2010

(Ucapan Selamat hari Ibu dari seorang anak yang berada di seberang lautan dan sedang menghadapi peperiksaan akhir...Semoga Allah permudahkan urusan dia...)

DIA IBUKU




tinggal satu je lagi ujian klinikal.
ya Allah,alangkah sedihnya kalau tersangkut mana-mana ujian ini...
penatnya kalau kena terus-menerus menjadi hamba buku..
sengsara pula kena berjauhan lagi dengan suami begini..

tapi, dalam banyak2 bayangan ngeri , paling menakutkan bila terbayangkan wajah ibu..
tak, bukanlah dia mengerikan.
bukan juga takut kena marah...
tapi, tak sanggup rasanya nak mengecewakan dia.

DIA
dari kecil banyak disakiti..
bila dewasa tidak lari pula dikhianati..
cukup banyak kekecewaan dia..
tolonglah Tuhan, jangan aku menambah lagi duka itu.

kasih pada bonda itu bukan sekadar kata-kata manis,
atau kad berwarna-warni..
tapi kenangan akan jasa dan budinya..
mematuhi kata dan larangannya..
memenuhi mimpi dan harapannya..
dan doa seiring solat siang dan malam.

moga adik-adikku juga sedar...
kita tidak mewah harta dan wang..
tidak ada biasiswa 'pama' (papa+mama/ibu ayah etc)
tidak ada syarikat dan firma untuk diwarisi.
cuma akal dan usaha yang berterusan..
aku juga ada penat dan lelahnya.
jangan kamu mudah-mudah menghampakan DIA.
jangan sesekali melukakannya..
kerana DIA IBUKU..
jika DIA juga IBUMU..


Anakanda,

Hari ni bonda tersenyum dari hati.

walau pun tadi menangis bila membaca ucapan dari mu ini.

Alangkah bertuahnya diri di anugerahkan anak anak seperti ini,

Tidak apa lah duka bonda yg sedikit itu..berbandingkan dengan rahmat ini,

Siapalah kita untuk tidak diduga olih Nya?

Redha segalanya demi anak anak tercinta.

Kerana anakanda lah, hanya kelima anakanda lah,

punca bahagia yang masih ada.......

Salam sayang dari Bonda.


5 comments:

kak Erna said...

hani..selamat hari ibu..tumpang sedih baca luahan hati anak untuk ibunya..

umimanja said...

Selamat Hari Ibu kak.....
Bertuahnya akak mempunyai anak-anak yg membahagiakan......

hani@debumelukut said...

tq kak Erna,
memegang title ibu ni byk menuntut kesabaran.

Umimanja,
Alhamdullilah, kita sama2 bertuah bergelar ibu..

Anonymous said...

Ja adalah kulit dan isi bonda.Jantung dan hati yang sama-sama berdegup dan memerah di saat senang dan susah. Semoga Ja juga akan menjadi seorang ibu sebaik IBUnya.(Makcu)

Anonymous said...

bertuah makcik dapat anak macam pja.
sejuk perut ibu yang mengandung =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...