Nak dengar cerita dari istana?
Ramai duk tanya saya mengenai tajuk ni.
Saya pun heran..nak kata kerabat tu tidak.
Mungkin sebab saya berjiran dengan kerabat kot.
Atau pun mungkin dah saya orang tempatan...
Saya tau sikit sikit saja ni..Lupa sesetengah fakta.
Ceritanya macam ni...
Pada zaman dahulu kala, tinggallah seorang raja dengan permaisurinya yang jelita di sebuah istana yang besar dan cantik. Raja tu bernama Alamsyahbanar dari negeri Inderapura. Beliau tidak dikurniakan seorang pun cahayamata maka gundah gulana lah raja dan permaisuri itu...
Haah?
Tak nakdengar cerita ni?
Ini saja cerita istana yang saya tahu
Ni lah hikayat Musang Berjanggut.
Tak apalah, dah tak nak tu saya stop kat sini lah.
Sooooooryyyyyyy.....
Mulut saya belum di insyurankan lagi.
Tak berani la saya nak ulas apa apa.
Takut juga berlubang kepala..
Sapalaaaa nak kasi makan anak anak saya nanti.
Seperti kata kawan blogger saya tu..
KADANG KALA DIAM ADALAH LEBIH BAIK.
1 comment:
Betul tuh, tutup mulut dan diam lagi baik..Pepatah orang melayu..
1. kerana mulut, badan binasa
2. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata menggelupur..
Tapi kalau takdir dah tertulis, mcm maner nak buat?? Harung jer lah..
Post a Comment