
Imaad dah agak dah...
Ini mesti kes raya dah dekat nih.
Atok punya lah sibuk,masa nak main dengan Imaad pun dah terhad.
Sekejap keluar, sekejap masuk dengan barangan yg baru di beli.
Persiapan untuk Aidilfitri lah tu.
Moyang juga duk cerita pasal kelebihan akhir Ramadhan.
Moyang sindir anak cucu yg kalut amat bab raya ni.
Mujur ada moyang kannn....
Nenek Imaad pula aktiviti mulut dan kaki tangan sama banyak.
Biasa lah nenek tu, makin sibuk makin pot pet pot pet.
Bibik sama naik dgn nenek, kalau kereta dah masuk gear 6 dah.
Tak per, minggu depan bila Aunty Anik balik,
nenek ada lah pembantu tambahan.
Tapi nenek cakap Aunty Anik tu bantu dokong Imaad boleh lah.
(Aunty Anik tu tak suka masuk dapur, satu malaya dah tau!)
Uncle Long dan CikFara siang2 dah cakap dia org tak boleh balik.
Nenek sedih tapi faham.
Malam tadi Imaad ke Shopping Mall dengan Mummy Imaad.
Ramai nya org kat sana, sesak!
Agaknya makin ramai pula yang dah tak ke masjid,
Daddy cakap solat terawikh tadi hanya separuh masjid jer.
Daddy dah bayar ke fitrah?
Tahun ni dah 2 orang lah tanggungan Daddy.
Aunty Anis pula Imaad tengok asyik terpacak depan almari pakaian dia tu.
Kejap cuba baju baru, kejap cuba kasut baru..Apa2 ajelah Aunty.
Uncle Chik cakap nak beli bunga api..
Macam mana lah bunga api tu, Imaad belum pernah tengok lagi.
Nenek suruh Uncle chik gunting rambut.
Itu termasuk dalam persiapan menjelang raya juga ke nek?
Opsss..baik jgn banyak soal, nenek tu kalau sibuk2 camni,
ceramah free anytime...
Hujung minggu ni suku sakat Imaad akan pulang dari perantauan.
Sah melimpahlah jalan raya dengan kenderaan.
Macam ni rupanya bila dah nak raya yer...
Nenek, kalau yer pun nak raya,
Naper lah nenek belikan songkok yg lebih saiz ni.
Tenggelam separuh kepala Imaad dalam songkok.
Ok lah, kerana nenek dah beli, Imaad pakai jugak lah.
Handsome tak cucu nenek ni?