Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 13, 2011

Puisi orang yang tak leh tido.

2 pagi
Aku menyusuri jalan kenangan
sambil menanti hadirnya mimpi
Sepi malam 13 ramadhan
aku terkebil kebil
sorang
Pukul 3 pagi
Di waktu dan ketika ini,
adakah ada orang lain selain aku,
mencari pelangi di malam hari?
Bila mata tidak mau lelap,
mula lah berbicara dengan hati,
Atau
adakah kerana hati,
Maka mata tidak mau pejam?
4 pagi
Aku masih di sini
-
-
-Sahur
-sahur
-sahur
Bangun semua
Awal lagi tapi saja lah,
tengok orang lain tido
aku jadi dengki!







10 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum:)

Aduhai..2-3-4pagi masih tak tidur ni..
agaknya ada yang berlegar di minda..
Harap2 cukup tidur nanti..:)


selamat bersahur!

Ibu n Abah said...

Cikgu....
saya pernah kena 2 tahun dahulu penyakit tak boleh tidur...
sampaikan suami bekalkan ubat tidur sebab saya kalau tak boleh tidur, BP akan naik tinggi dan merbahaya untuk kesihatan... Walau makan ubat tidur, masih tak boleh tidur..
* Agaknya akan ada peringkat dalam hidup kita akan kena phasa tak boleh tidur ni....
Nak bagitau macamana nak hilangkan, saya pun tak ingat lagi... yang pastinya seminggu dua jugaklah...
Agaknya yg terbaik ubatnya adalah sentiasa beramal dan berzikir mengingati ALLAH disaat2 bila kena macam tu....

Cik Ina Do do Cheng said...

semenjak umur dah meningkat cik ina susah nak lelap, tengok orang lain senang nak lelap, timbul gak dengki kat hati.

qemaishak said...

qema lak terbalik, letak je kepala terus lena, penat agaknya tapi kalau hari minggu tidur siang memang susah nak lelap.

nidus2 said...

Andainya tido ni boleh dibahagi, rasanya nak bagi sebahagian kepada mereka yang ada masalah ini......

Rekod setakat ini....15 saat dah terpeleto'....hee3.

MULAN said...

saya ni pukul 11 dah lalok ngantok sangat2... takleh tahan2 dah mata..

Cikli said...

terpeleto' - nice word.....
cuba kira kambing, haha nasihat skema.

Pia said...

"saya pun kdg2 jadi macam tu jugak kak..sedar2 dah pagi..ank2 bila bangun tanya.."awalnya mami bangun.."diorang tak tau sebenarnya kita lom tidor..hehhe..tp bagus jugak kak sbb sambil terkebil2 tu bolehlah muhasabah diri ker.."

cikguden said...

aik awalnya sahur.

Aku said...

samalah kak malam tadi... berjaga sampai kul 3.30...

ingat nak nap sekejap, kul 4.30 nak siap2 sahur....

heh.... kul 6, itu pun dikejutkan azan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...